Siakap Keli

(Video) Lelaki Beritahu Isteri Ke Pontianak Naik Sriwijaya Air, Kantoi Rupanya Ke Pulau Bali Bercuti Bersama Skandal

Tindakan seorang lelaki yang sanggup menipu isteri dengan mengatakan bahawa dirinya terbang ke Pontianak akhirnya membawa padah.

Berdasarkan video yang dimuat naik ke TikTok oleh pengguna bernama Thojenk, katanya dia memaklumkan isterinya bahawa akan ke lokasi tersebut dengan menaiki penerbangan kapal terbang Sriwijaya Air SJ 182.

Bagaimanapun, musibah tidak diduga berlaku apabila pesawat tersebut dilaporkan hilang dari radar sebelum terhempas hingga mengorbankan banyak nyawa.

Tersedar dengan tragedi ngeri itu, isteri lelaki berkenaan terkejut dan sedih, lantas terpaksa berlapang hati akan ‘kematian’ suaminya dalam nahas tersebut.

Dikatakan keluarganya sudah pun menyiapkan khemah dan kerusi untuk para tetamu menziarahi ‘jenazahnya’ yang dibawa pulang daripada tragedi.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila lelaki itu sebenarnya telah membohongi isterinya.

Dia bukan ke Pontianak seperti yang diceritakan kepada isterinya, malah ‘melencong’ ke Bali bersama skandalnya.

@thojenk1

ngakunya kepontianak naik pesawat..tapi ternyata suaminya ke…?#selingkuhituindah #tiktokmalaysiaviral #suami #pelakor #tiktokindonesiafyp

♬ original sound – DJ RYCKO RIA – DJ RYCKO RIA

Difahamkan, lelaki berkenaan mahu ke Bali bersama skandalnya adalah untuk menyambut ulang tahun hubungan mereka.

Berdasarkan video tersebut, dia ketika itu berasa bingung kerana muslihatnya telah ‘terkantoi’, lalu bingung tidak tahu hendak buat apa.

Dia sendiri keliru adakah boleh untuk balik ke rumah sebab isterinya sudah tahu cerita sebenar.

Video itu tular dan mendapat perhatian warganet, rata-ratanya menasihatkan bahawa perkara sedemikian bukan boleh dibuat main-main.

Ada warganet memberi komentar bahawa membohongi isteri dan mempunyai skandal adalah sesuatu yang hina bagi seorang suami.

Dalam masa sama, pihak keluarganya berasa syukur kerana dia ‘terselamat’ daripada nahas terhempas tersebut, bagaimanapun masalah lain pula timbul apabila skandalnya itu terbongkar.

@thojenk1

Balas @caaa2508 buat pelajaran ya….selingkuh harus jujur mau kemana😀canda selingkuh😀

♬ original sound – Thojenk – Thojenk

Sumber: Padang Kita / TikTok Thojenk

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'