Siakap Keli
Gambar via Louis Weisz (youtube)

(Video) Pernah Terfikir Berapa Banyak Penampar Diperlukan Untuk Masak Seekor Ayam? Lelaki Ini Buat Eksperimen Cari Jawapan

Pernah terfikir ayam boleh dimasak hanya dengan cara menampar sahaja?

Sememangnya ia kedengaran seperti mustahil atau sukar untuk diperkatakan apatah lagi untuk dibuktikan.

Namun terdapat satu rakaman video yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Louis Weiz di saluran YouTube miliknya.

Kebiasaannya, ayam akan dimasak dengan menggunakan bahan api yang dilakukan di dapur dan dihidang dalam beberapa jenis juadah.

Namun tidak bagi lelaki ini yang menggunakan kaedah unik sehingga dianggap sebagai idea yang ‘genius’. Dengan menggunakan chicken slapper, lelaki ini buktikan berapa banyak penampar diperlukan untuk masak ayam tersebut.

Menerusi video berkenaan, kita dapat melihat tindakan yang berlaku terhadap ayam tersebut di mana ia melibatkan tenaga kinetik dan tamparan tanpa henti.

Tamparan yang dilakukan oleh chicken slapper itu dianggap sebagai geseran dan ia menyebabkan terhasilnya haba yang memanaskan ayam itu.

Semakin laju chicken slapper itu bergerak, semakin banyak penghasilan haba akan berlaku terhadap ayam tersebut.

Untuk memudahkan anda faham, ia boleh diibaratkan anda menggosok tapak tangan anda tanpa henti dengan kelajuan yang tinggi lalu akan menghasilkan haba pada tapak tangan anda itu.

Walau bagaimanapun, eksperimen tersebut cukup membuktikan ayam itu memerlukan masa yang sedikit lama untuk dimasak berbanding memasak di atas dapur.

Menurut kajian, ia memerlukan sekurang-kurangnya 24,557 tamparan untuk masak ayam tersebut.

Sumber: Louis Weisz (youtube)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia