Siakap Keli
Gambar via Real.eycah (tiktok)

(Video) Reaksi Bakal Ayah Kucup Gambar ‘Ultrasound’ Berulang Kali, Namun Redha Isteri Alami Keguguran

Setiap pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga semestinya ingin memiliki cahaya mata yang akan menyerikan lagi suasana. Baru-baru ini, tular di media sosial, rakaman video yang menunjukkan pasangan muda yang bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nur Aisyah telah menjadi perhatian bahkan buah mulut warganet. Wanita tersebut merakam reaksi suaminya yang kelihatan teruja dan gembira apabila mengetahui suaminya akan bergelar seorang ayah tidak lama lagi.

Nur Aisyah dikatakan baru sahaja melakukan imbasan ultrasound dan suaminya yang melihat gambar ultrasound tersebut bertindak mengucup beberapa kali. Dapat dilihat betapa sayangnya seorang ayah terhadap anaknya walaupun masih berada dalam kandungan itu.

Melihat keterujaan dan kegembiraan suami, wanita itu menyakat dan seakan berpura-pura merajuk tetapi tidak disangka suaminya lantas memeluk dirinya. Bagaimanapun, kebahagiaan dan keterujaan pasangan tersebut dikecapi untuk seketika apabila beberapa hari yang lalu, isterinya disahkan keguguran oleh doktor.

Difahamkan, ujian ultrasound yang dilakukan buat kali kedua memberikan khabar duka apabila doktor mengatakan tiada degupan jantung dikesan pada janin tersebut. Walau begitu, pasangan muda tersebut tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai perasaan bakal bergelar  ibu bapa walaupun hanya seketika.

 

 

@real.eycah

♬ original sound – Real.eycah – Real.eycah

Sumber: real.eycah (tiktok)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia