Siakap Keli
Gambar: Puan Kamaliah

Walau Muka Luka Teruk Dicakar, Ibu Dedah Anak Tetap Sayang & Nak Bela Kucing Liar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walaupun kucing adalah haiwan yang jinak dan manja, namun kalau tidak kena dengan ‘masanya’, ia boleh bertukar menjadi ganas.

Demikianlah yang terjadi ke atas adik Adam ini apabila niat baiknya untuk menjamu makanan kepada seekor kucing liar yang datang ke rumahnya dibalas dengan tragedi.

Ibunya, Puan Norkamaliah Nordin berkongsi kemalangan yang menimpa anaknya itu ke laman Facebooknya baru-baru ini.

Mari ikuti perkongsian ini.

Gambar: Puan Kamaliah

Alhamdulillah makin sihat. Tak serik pun. Ibu ingatkan Adam dah fobia tengok kucing. Siap pesan kat abah, Abah jangan pukul kucing tu,”.

Sayang betul kat kucing.

Ingat na Adam, kucing liar tak sama dengan kucing yang kita jaga dari kecil. Kucing yang kita bela pun kadang-kadang ‘mood’ tak ok.

Anak bertuah sungguh. Walaupun muka dah teruk kena cakar dek kucing, Adam tetap nak sayang kucing juga.

Walaupun sakit, tetap punya kasih dan sayang pada kucing.

Kisah sebenarnya..

Menurut Puan Kamaliah, segalanya bermula apabila kucing liar itu datang bertandang ke rumahnya untuk tujuan ‘peribadi’ sekitar 10 pagi pada 10 Jan lalu.

Adam atau nama sebenarnya Adam Harith Husyazi, 9, berniat baik terhadap kucing liar tersebut, namun apa yang terjadi selepas itu berlaku di luar jangkaannya.

“Kucing liar tu mai ‘mengorat’ kucing Adam. Lepas tu adik dia ambik kucing depa masuk dalam rumah.

“Adam pulak pi bagi makan kat kucing liar tu,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Gambar: Puan Kamaliah

Difahamkan, sedang Adam khusyuk memberinya makan, ketika itulah kucing liar itu bertindak mencakarinya sehingga luka dan berlaku pendarahan di beberapa bahagian anggota badan.

“Adam tercedera di kepala, telinga dan muka. Badan pun ada tapi tak teruk.

“Koyak (kecil) pun ada juga tapi tak boleh jahit, doktor takut ada jangkitan kuman,” katanya yang turut menjelaskan bahawa luka Adam kini semakin baik.

Mereka sekeluarga yang menetap di Nibong Tebal, Pulau Pinang ini telah membela sebanyak tiga ekor kucing belaan setakat ini.

Gambar: Puan Kamaliah

 

Alhamdulillah makin sihat.. Tak serik pun.. Ibu ingatkan adam dah fobia tgk kucing.. 😅😅😅 siap pesan kat abah "ABAH…

Posted by Achik Lieya on Sunday, January 10, 2021

Sumber: Achik Lieya