Siakap Keli

Yayasan Maghfirah Bantu ‘PAIP’ Menyalurkan Bekalan Air Bersih Kepada Mangsa Banjir Di Pahang

Raub, Pahang – Hari ini 40 tangki statik akan dihantar ke Temerloh & Bera untuk membantu menyalurkan air bersih kepada penduduk terjejas banjir. Semalam, 10 Januari 2020, Yayasan Maghfirah melalui sumbangan orang ramai telah membantu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menyalurkan bantuan 1 juta liter air bersih kepada mangsa banjir di seluruh negeri Pahang.

Hasil sumbangan orang ramai dalam kempen Bantuan Mangsa Banjir, Yayasan Maghfirah dengan Kerjasama Relawan Muda ISMA telah menghantar 2 lori tangki air dan 10 tangki statik bagi membantu membekalkan air bersih kepada penduduk yang terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Yayasan Maghfirah dan juga Relawan Muda ISMA. Dianggarkan sebanyak 150 ribu liter air dan 2 lori tangki air dengan berkapasiti 60,000 liter air bersih sudah disalurkan ke seluruh negeri Pahang bagi kegunaan PAIP yang bakal memanfaatkan seramai 200 ribu orang mangsa banjir di seluruh Negeri Pahang.

Arus deras ditambah dengan paras air tinggi telah menghanyutkan beberapa rumah sehingga berganjak dari kedudukan tapak asal. Musibah banjir pada tahun ini begitu dahsyat, banyak rumah yang mengalami keadaan total loss seperti ini.

InshaAllah bantuan ini membolehkan mereka kembali melakukan aktiviti harian. Yayasan Maghfirah juga akan memberi bantuan pasca banjir dalam kerja-kerja pembersihan rumah.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.