Siakap Keli

10 Sebab Mengapa Berlakunya Keguguran Rambut

Memiliki rambut yang mudah gugur pastinya menimbulkan ketidakselesaan dan rasa kurang percaya diri bagi siapa pun. Keadaan rambut gugur pun disebabkan oleh berbagai faktor, selain kerana ketidaksesuaian syampo atau perawatan rambut yang dipakai. Baru-baru ini, pengasas dan pengarah perubatan di Bauman Medical di Boca Raton, Florida, Dr Alan J. Dr Alan J berkongsi punca masalah keguguran rambut. Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, berikut adalah 10 penyebab keguguran rambut yang telah diperincikan di halaman Ape to Gentleman.

1. Faktor genetik

Salah satu penyebab keguguran rambut yang tidak boleh dihindari berasal dari faktor keturunan atau genetik. Biasanya, kegugran rambut yang disebabkan oleh faktor genetik akan menimbulkan kebotakan khas pada lelaki dan wanita yang disebut dengan androgenetic alopecia (AGA). Terdapat lebih kurang 200 penanda genetik yang kelihatan pada pertumbuhan rambut. Ayah dan ibu pastinya akan menurunkan gen-gen ini. Jika kita penerima gen tertentu yang bertanggung jawab atas AGA, maka folikel rambut akan lebih sensitif terhadap hormon semula jadi tubuh. Gen ini secara progresif meminimalkan folikel dan seiring berjalannya waktu rambut terus menipis hingga berlaku kebotakan.

2. Keadaan autoimun

Sejumlah penyakit autoimun seperti alopecia areata, alopecia universal, lupus, penyakit hashimoto, penyakit graves, penyakit crohn, rheumatoid arthritis dan psoriasis dapat menyebabkan separa keguguran rambut. Pada pesakit dengan alopecia areata, sistem kekebalan tubuh secara keliru menyerang folikel rambut, sehingga menyebabkan rambut gugur. Kadang-kadang, keadaan tersebut dapat meninggalkan kesan botak dengan berbagai ukuran di kulit kepala.

Alopecia areata juga dapat mengakibatkan kebotakan menyeluruh dan hilang kening, bulu mata, bulu-bulu pada anggota badan serta bulu kemaluan. Penting untuk ambil maklum, bahawa dalam beberapa kes rambut penyebab keguguran rambut bukan timbul dari keadaan autoimun saja, melainkan ubat yang digunakan untuk mengubati penyakitnya. Langkah yang perlu dilakukan adalah dengan mendapatkan nasihat doktor atau ahli imunologi terlebih dulu. Pada amalan Dr Bauman, bulu mata, kening dan malah pemindahan bulu kemaluan ditawarkan bersama pemindahan rambut tradisional.

3. Pengaruh ubat-ubatan

Beberapa jenis ubat mahupun suplement mencantumkan rambut gugur sebagai kesan sampingan. Beberapa di antaranya iaitu ubat penurun kolesterol, ubat tekanan darah, antasid, pil psoriasis dan ubat jerawat seperti isotretinoin, antikulat dan steroid. Di samping itu, yang sudah banyak diketahui, bahawa ubat atau perawatan untuk penyakit kanser juga dapat menyebabkan rambut gugur di seluruh tubuh. Sementara untuk pil KB sebenarnya justeru dapat membuat rambut tumbuh lebih lebat dan berkilau.

Namun, jika kita menghentikan pemakaiannya untuk sementara waktu akan menimbulkan kesan sebaliknya. Oleh sebab itu, kita harus memeriksa kemungkinan kesan sampingan dari ubat-ubatan tersebut. Dapatkan nasihat dengan doktor untuk melihat apakah ada sesuatu yang dapat dilakukan tanpa mengorbankan rancangan perawatan atau pengubatan kita.

4. Kekurangan nutrien

Pada diet-diet popular ada beberapa elemen makanan yang dibataskan, sehingga kita jadi kekurangan nutrisi yang sebenarnya diperlukan tubuh. Ketika tubuh kehabisan nutrisi tertentu, folikel rambut dapat dipaksa menjadi semacam fasa hibernasi. Akibatnya, tidak ada rambut baru yang tumbuh. Diet  yang seimbang akan memberi kita antioksidan, zat besi, seng, vitamin B, protein dan biotin yang diperlukan dalam mempromosikan rambut yang sihat.

5. Latihan intensiti tinggi

Ketika melakukan latihan beban dengan intensiti yang terlalu tinggi, maka tubuh akan menghasilkan hormon testosteron lebih banyak. Jadi, testosteron yang berlebihan itu ditukarkan ke dihydrotestosterone (DHT), yang dapat menyebabkan folikel berhenti menghasilkan rambut. Hal-hal yang kita inginkan dari berolahraga seperti massa otot, meningkatnya libido, tenaga dan fungsi otak boleh menjadi kebotakan jika dilakukan dengan intensiti yang tinggi.

6. Merokok

Merokok dapat mempercepatkan penuaan dalam tubuh dan membataskan aliran darah ke kulit, serta folikel. Itu bererti oksigen vital dan nutrisi tidak mampu sampai ke tempat yang mereka perlukan. Penelitian telah menunjukkan, bahawa semakin banyak seseorang itu merokok, semakin buruk kebotakannya. Jadi, yang boleh kita lakukan adalah berhenti merokok.

7. Kurang tidur

Para ilmuwan percaya, ketika irama sirkadian badan terganggu, siklus folikel rambut juga dapat terganggu. Hasilnya, rambut mudah sekali gugur. Yang boleh kita lakukan adalah berjumpa specialist tidur untuk diagnos apnoea tidur, insomnia atau gangguan lainnya dan mendapatkan perawatan. Cubalah untuk mengubah kebiasaan gaya hidup yang negatif seperti bermain game berjam-jam atau menggunakan telifon pintar sebelum tidur.

8. Mengalami stress

Stress juga bertanggung jawab atas peningkatan tahap cortisol, yang dapat mematikan folikel rambut seseorang dan memburukkan lagi keadaan rambut gugur genetik. Ingat, stress tidak hanya merujuk pada masalah sosial atau pekerjaan saja. Ada juga stress fisiologi seperti diet jangka panjang, berolahraga terlalu kerap di gym dan kebiasaan kurang tidur yang teruk. Berurusan dengan stress lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. Tetapi langkah-langkah proaktif dapat diambil, termasuk berkonsultasi dengan doktor atau psikitari, bertafakur, berjalan-jalan melihat alam dan membaca buku yang bagus.

9. Kulit kepala meradang

Jika kulit kepala meradang pasti akan menimbulkan flakiness, kemerahan, gatal dan rambut gugur. Para ilmuwan menemukan bukti yang menghubungkan peradangan kulit kepala dengan pertumbuhan rambut yang teruk, rambut gugur dan berbagai masalah kesihatan kulit kepala. Rawatan boleh terdiri dari ubat-ubatan dalam bentuk syampu hingga antibiotik, rawatan steroid dan juga ubat bukan steroid topikal, dan ubat suntikan.

10. Kesan dari Covid-19

Faktor terakhir yang menyebabkan rambut mudah gugur adalah kesan dari Covid-19. Dr Bauman melaporkan, semakin banyak pesakit Covid-19 yang datang dengan keadaan rambut gugur. Hal ini disebabkan kerana seseorang yang menderita demam untuk jangka waktu yang lama dapat mengalami gangguan pada folikel rambut. Rambut akan gugur sekitar dua hingga enam minggu setelah demam bermula dan mencapai thap yang teruk sekitar enam hingga lapan minggu. Setelah itu, berlanjutan selama lapan minggu lagi. Kendatipun demikian, pesakit Covid-19 hanya akan mengalami rambut gugur saja, tidak sampai pada kebotakan kerana rambut akan tumbuh kembali.

Sumber- Apetogentlemen

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.