Siakap Keli

Amaran Ribut Petir Di Selangor, Sarawak Dan Sabah – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan sama juga berlaku di Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Bahagian pedalaman di Sabah melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort turut mengalami keadaan cuaca yang sama manakala amaran ribut petir di Labuan pula adalah sehingga 9 pagi ini.

— BERNAMA