Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Anjing Dilapor Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital Gara-gara Tertelan Topeng Muka

Seekor anjing dikejarkan ke unit kecemasan untuk mendapatkan rawatan setelah dilaporkan menelan sekeping pelitup muka yang dibuang di sebuah taman.

Menurut laporan, anjing yang bernasib malang itu menelan pelitup muka di taman Rouken Glen dekat Glasgrow. Doktor haiwan terpaksa memberi suntikan kepada anjing berkenaan, Labrador Bailey bagi membuatnya muntah.Sekiranya tidak diberikan suntikan tersebut, kemungkinan anjing itu didakwa akan mengalami masalah yang lebih serius dalam sistem pencernaannya.

Doktor, Catrionia Reoch mengatakan bahawa ia bukan pertama kali terjadi kepada anjing yang menelan pelitup muka. Berikutan itu, dirinya menggesa orang ramai agar membuang pelitup muka ke dalam tong sampah dan bukannya dibiarkan di lantai.

“Ada beberapa kes anjing mengutip pelitup muka yang ditinggalkan di tanah dan jika ditelan ia boleh menjadikan situasi lebih buruk bagi anjing tersebut.

“Bailey bernasib baik kerana pemiliknya dapat mengesan ia menelannya,” kata doktor itu.

Doktor haiwan itu berkongsi kejadian tersebut di laman Facebook mereka termasuklah gambar yang menunjukkan pelitup muka yang telah dikeluarkan dari badan Bailey.

Gambar via Daily Star

Sumber: Daily Star