Siakap Keli
Gambar Via Business Insider

Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Giliran Snapchat Pula Gantung Akaun Milik Trump

Selepas Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube, kini tiba giliran  Snapchat pula untuk ‘mengharamkan’ akaun Presiden AS, Donald Trump di aplikasinya.

Snapchat telah menggantung akaun Trump dalam tempoh waktu yang tidak tentu pada minggu lalu selepas dia didakwa menghasut penyokong pro-Trump untuk menyerang Capitol dan kini telah membuat keputusan untuk kekal menggantung akaun itu, lapor The Verge.

“Demi kepentingan keselamatan awam dan berdasarkan percubaannya untuk menyebarkan informasi yang salah, ucapan kebencian dan menghasut keganasan yang merupakan pelanggaran jelas terhadap panduan kami.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyekat akaunnya secara kekal,” kata Snapchat dalam satu kenyataan.

Trump dipercayai telah mencuba melanggar polisi aplikasi itu berkali-kali.

Larangan kekal itu secara rasminya akan berkuat kuasa pada 20 Januari.

Sumber: The Verge