Siakap Keli
Gambar via AlJazeera.Com

China Mencatat Kematian Pertama COVID-19 Selepas 8 Bulan

BEIJING – Pada hari Khamis yang lalu, China telah melaporkan kematian pertama COVID-19 dalam tempoh lapan bulan ketika negara berkenaan berusaha untuk mengawal penularan virus tersebut.

Pasukan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tiba di negara berkenaan bagi melakukan penyelidikan mengenai asal usul virus tersebut.

Menurut laporan, sebahagian besar China didakwa telah mengendalikan wabak virus berkenaan melalui penguatkuasaan sekatan pergerakan (lockdown) dan ujian saringan yang ketat.

Tetapi terdapat sekitar 138 kes baharu dilaporkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional pada Khamis yang menjadikan jumlah kes tertinggi dalam sehari sejak Mac tahun lalu.

Namun begitu, pihak berkuasa mengatakan tiada maklumat lanjut mengenai kematian baharu kecuali hanya lokasi terjadi di Hebei.

Hal ini, pihak berkuasa dilaporkan telah melaksanakan ujian besar-besaran termasuklah menutup rangkaian pengangkutan, sekolah dan kedai di ibu kota Hebei yang kini menjadi pusat penularan wabak terbaru.

Katrina Yu dari Al Jazeera, yang melaporkan dari Beijing, mengatakan bahawa Hebei juga telah mulai membangun hospital baru untuk menampung kemungkinan kemasukan pesakit positif COVID-19 yang baru.

Selain itu, daerah berhmpiran, Xingtai yang mempunyai tujuh juta penduduk kini dilaporkan telah dikenakan sekatan pergerakan (lockdown) sejak Jumaat lalu. Begitu juga dengan lima juta penduduk di kota Langfang.

Sumber: AlJazeera.com