Siakap Keli
Gambar via Suara.com

Disangka Perempuan Berambut Panjang, Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman Jadi Mangsa Cabul, Bikin Para Warganet Terkejut

Bukan setakat kaum wanita sahaja yang menjadi mangsa cabul namun kaum lelaki juga boleh menjadi mangsa begitulah nasib seorang pengguna Twitter yang berkongsi pengalamannya yang tidak disangka-sangka ketika ‘payu daranya’ disentuh oleh lelaki yang tidak dikenali.

Menerusi perkongsian lelaki itu di laman Twitter miliknya, kejadian tersebut berlaku di mana suspek menyangkakan mangsa adalah seorang wanita kerana memiliki rambut yang panjang.

Difahamkan, sebuah motosikal yang dinaiki oleh suspek dari arah belakang, menyentuh dada kanannya. Kejadian itu membuatkan mangsa terkejut tatkala suspek sempat menoleh melihat respon dirinya.

Berikutan itu, mangsa tersebut menjerit sehingga menyebabkan orang ramai yang berada di tempat kejadian berkumpul namun pelaku tidak dapat ditangkap. Walau begitu, mangsa mengakui dirinya dalam keadaan baik tetapi dirinya mendakwa tidak dapat melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis ekoran tiada bukti yang kukuh.

Selain itu, mangsa turut mengambil kesempatan dengan memberi nasihat agar masyarakat sentiasa berwaspada kerana sexual harassment boleh berlaku tidak kenal jantina.

Perkongsian lelaki tersebut mengundang pelbagai reaksi para warganet sehingga ia menjadi tular di media sosial. Malah, terdapat segelintir masyarakat terutamanya kaum wanita yang turut berkongsi pengalaman yang sama dan rata-ratanya mengatakan bahawa mereka tidak berani untuk melawan kerana takut.

Gambar via era.id

Sumber: Suara.com, @banumelody (twitter), era.id

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.