Siakap Keli
Foto: Instagram Hafiz mahamad

“Doakan Saya Dan Keluarga Baik-Baik Tau,” Hafiz Mahamad Disahkan Positif Covid-19

Nama Hafiz Mahamad tidak asing lagi di laman media sosial. Nama sebenarnya Abdul Haifz Harisuddin Mahamad telah membuat satu pengumuman mengejutkan di laman Instagramnya apabila dirinya positif Covid-19.

Katanya dalam status tersebut, belum sempat untuk meluangkan masa bersama anak dan isteri semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, beliau pula disahkan positif.

“Harini hari pertama PKP & hari pertama saya sebagai positive Covid-19…”

PKP ni ingat nak spend time dgn family dekat rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu free sepenuhnya. Nah, bangun je pagi bila terima result & terus amik bag bawa ke bilik bawah untuk saya Quarantine.

Saya kerap buat swab test untuk pastikan diri saya okay. Balik dari kerja luar negeri atau beri bantuan mana mana pun, Alhamdulilah result masih negative.

Last week saya & keluarga ada juga buat swab test, still negative tapi harini 1st day PKP saya disahkan positive. Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak saya negative

Hopefully awak semua berada dalam keadaan baik tau. Siapa yang positive macam saya, insyaAllah kita doa baik baik dan bertenang

Mungkin ada kurangnya saya menjaga keselamatan diri & insyaAllah sama sama kita repair perkara ni

Siapa yang masih sihat dan negative. Jaga diri baik baik waktu PKP ni, gunakan waktu ni bersama dengan keluarga awak sepenuhnya dekat rumah. Doakan saya dan keluarga baik baik tau.

 

Sumber: Hafiz Mahamad