Siakap Keli

Jangan Simpan Barang Kosmetik Terlalu Lama, Berikut Tanda-Tanda Ia Perlu Dibuang

Mengumpul barangan kosmetik mungkin memang menjadi hibi sebahagian orang. Tetapi, kita tidak boleh menyimpan ia dalam jangka waktu yang lama, meskipun membuang barangan kosmetik tersebut rasanya akan sangat berat. Jadi, bilakah anda harus membuang koleksi kosmetik anda? Menurut Cleveland Clinic, keadaan kosmetik yang sudah tidak baik dipengaruhi oleh beberapa keadaan, di antaranya.

1. Keadaan penutup terbuka

Menurut dermatologi Shilpi Khetarpal, MD, kosmetik yang penutupnya masih belum dibuka dan diformulasikan dengan baik cenderung akan stabil selama beberapa tahun dengan suhu bilik. Namun, ketika penutup tersebut dibuka, kandungan di dalamnya akan mulai teroksida kerana terdedah oleh udara.

2. Lokasi penyimpanan

Suhu panas dan udara lembap boleh meningkatkan pertumbuhan kulat dan ragi. Jadi, elakkan menyimpan kosmetik di bilik mandi, di mana terdapat kelembapan, wap dan panas. Pilihlah tempat penyimpanan yang sejuk dan kering.

3. Kemasan dan aplikasi

Kosmetik seperti concealer stik yang menyentuh kulit berulang kali akan lebih cepat kotor daripada produk dalam kemasan kedap udara seperti botol pam. Sebab, ketika produk menggunakan botol, kita tidak mencemarinya setiap setiap kali menggunanya. “Tapi saat anda menyentuh alat solek lalu menyentuh kulit dan kembali menyentuh alat solek, anda berpotensi menambahkan bakteria pada produk,” ungkapnya.

4. Kandungan SPF

Produk yang mengandungi pelindung matahari tidak akan melindungi kulit secara optimum setelah kemasannya terbuka selama enam bulan. Buanglah produk tersebut setelah melebihi waktu tersebut atau gunakan perlindung matahari secara berasingan yang tidak tamat tempoh di bawahnya.

5. Mengandungi air

Produk yang bahan debu seperti bedak mengandungi lebih sedikit air dibandingkan kosmetik cair atau kosmetik berbahan asas krim, sehingga cenderung lebih stabil untuk disimpan lebih lama.

Jangan bergantung pada tarikh luput

Meskipun setiap produk memiliki tanggal tarikh luput, anda sebaiknya tidak bergantung pada tarikh tersebut. Sebab, kiraan tanggal tersebut tidak akan lagi berlaku jika kemasan dibuka. “Kosmetik memang mengandungi bahan pengawet, tapi tidak boleh melawan semua kuman yang mungkin masuk ketika anda mula menggunakan sesuatu produk,” ujar Khaterpal. Elakkan juga berkongsi kosmetik dengan orang lain kerana berpotensi menyebabkan  jangkitan atau jerawat.

Usia penyimpanan kosmetik

Jadi, bilakah anda harus membuang kosmetik yang telah tersimpan dalam jangka waktu yang agak lama? Setiap produk mempunyai garis masanya masing-masing, di antaranya:

Maskara

Tabung maskara yang lembap menjadi lingkungan untuk berkembang biak bakteria dan kulat. Tongkat aplikator maskara boleh menyebabkan jankitan pada bahagian mata. Jadi, pastikan membuangnya enam bulan setelah dibuka. Tapi, buang lebih cepat jika tekstur dan baunya berubah. Lalu, elakkan membuang aplikator maskara ke dalam dan keluar dari tiub dan menambahkan air atau bahan lain ke dalamnya.

Eyeliner

Eyeliner pensil mungkin tidak terlalu terdedah terhadap bakteria dan kuman, seperti halnya maskara. Namun, kerana produk ini menyentuh area mata, tetaplah harus berhati-hati. Untuk mencegahnya, tajamkan eyeliner pensil secara teratur demi mengilangkan lapisan yang menyentuh mata. Bersihkan dengan tisu beralkohol jika mengalami bintik atau jankitan pada mata. Buang eyeliner setelah enam bulan, sebab anda tidak dapat mengelapnya dengan alkohol atau mengasahnya dan kandungan air yang lebih tinggi akan mengundang kuman masuk.

Foundation cair

Kosmetik tamat tempoh dapat menyebabkan reaksi alahan, jerawat dan kerengsaan. Untuk foundation, jenis botol pam cenderung akan bertahan lebih lama daripada botol biasa kerana isinya lebih aman dari pencemaran. Namun, jika foundation anda memiliki kemasan botol, cukup tuangkan produk pada spons atau tangan serta elakkan meletakkan spons atau jari tepat pada lubang botol. Foundation yang sudah tamat tempoh memiliki perubahan tekstur. Jika anda melihat ada cairan bening di atas foundation, segera buang produk tersebut sekalipun kemasannya belum dibuka. Jika foundation digunakan sebagai SPF, perlakukan seperti pelindung matahari dan membuang enam bulan setelah kemasan dibuka.

Kosmetik berunsurkan krim

Apa pun yang tidak kering dan bertekstur serbuk memiliki cecair yang cukup di dalamnya untuk tamat tempoh dalam waktu enam bulan. Berlakukan pengaturan yang sama pada beberapa produk seperti:

  • Concealer batang, jar atau tabung.
  • Alas bedak compact.
  • Highlighter pensil dengan tekstur krim
  • Blush on dan eye shadow.

Produk berunsur debu

Bedak tabur boleh disimpan hingga dua tahun jika dijaga dalam keadaan yang tetap bersih. Ini termasuk produk berunsur debu lainnya, seperti blush on dan eyeshadow. Menurut Khetarpal, kandungan air yang rendah pada produk-produk tersebut membuatnya tidak mudah menumbuhkan kulat dan bakteria. Meskipun begitu, anda tetap harus membersihkannya secara rutin, setidaknya setiap minggu, kerana spons produk tersebut menyentuh kulit setiap kali digunakan.

“Gunakan syampo untuk mencucinya dan biarkan kering sepenuhnya. Pencucian mingguan dapat meminimalkan bakteria yang terkumpul,” katanya. Namun, pengaturan SPF juga berlaku. Buang enam bulan setelah kemasan dibuka, terutama jika ada bau atau tekstur yang aneh.

Lipstik dan lip balm

Lipstik dan lip balm memiliki bahan asas krim dan banyak di antaranya mengandung SPF. Jadi, buang produk tersebut enam bulan setelah kemasannya dibuka. “Bibir kita mengandungi banyak bakteria, jadi produk tersebut akan cepat tercemar,” tambah Khetarpal. Selain itu, jika anda menghidap selesema, buang semua produk bibir yang anda miliki dan gunakan yang baru.

Sumber- Cleveland clinic

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.