Siakap Keli
Gambar via iNews.id

Kecewa Tak Dibelikan Motosikal Baru, Remaja Dilapor Tergamak Bakar Rumah Mak Ayah Sendiri

Disebabkan hajat memiliki motorsikal tidak ditunaikan, remaja lelaki berusia 17 tahun ini dilaporkan sanggup membakar rumah ibu bapanya di daerah Kabupaten Kulonprogo.

Ketua Perhubungan Awam Polis Kulon Progo, Nengah Jefry mengatakan bahawa kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya baru sahaja pulang ke rumah dan mendapati pintu rumahnya yang terbuat dari kayu dalam keadaan terbakar. Nasib menyebelahi mangsa, api tersebut hanya membakar pintu dan tidak merebak ke seluruh rumahnya.

Menurut laporan, mangsa mendakwa pelaku tersebut adalah anak kandungnya sendiri di mana kanak-kanak lelaki berkenaan berang dengan dirinya. Namun, disebabkan masalah ekonomi dan diri mangsa yang bekerja sebagai seorang petani, hasrat anaknya itu tidak dapat ditunaikan.

Selain itu, pihak polis turut menemukan tiga butir pil terlarang yang didakwa milik suspek. Disebabkan itu, suspek terpaksa menjalani urine test dan hasilnya adalah negatif.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan suspek yang mengakui bertindak sedemikian bagi meminta keterangan. Bahkan, ibu bapa suspek turut diarahkan memberi keterangan mengenai hal tersebut.

Sumber: iNews.id