Siakap Keli
Gambar via The Guardian

Keliru Siapa Bapa Kepada Anaknya, Wanita Ini Kahwini 3 Lelaki Dan Tinggal Bersama Beberapa Kekasihnya

Seorang wanita berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Ann Grace Aguti menjadi topik yang sangat diperkatakan di media sosial yang mendakwa dirinya mempunyai tiga suami dan mereka semua dilaporkan duduk bersama dengan beberapa lelaki lain yang dianggap kekasihnya.

Menurut laporan, tindakan Aguti menimbulkan kemarahan ayahnya, Pastor Peter Ogwang di mana ia mengatakan perbuatan dirinya itu didakwa telah melanggar aturan agama dan tidak diterima dalam masyarakat Teso. Walau begitu, Aguti yang merupakan ibu kepada tiga orang anak itu tetap mempertahankan tindakannya demi mendapat pasangan yang diingini.

“Suami saya tidak berguna dan saya tetap menjadi pencari nafkah. Semasa saya meninggalkannya, saya mula mencari seseorang yang istimewa tetapi saya tidak menemuinya. Kini, saya harus mencari nafkah kepada lelaki-lelaki ini sambil meneruskan pencarian,” katanya.

Pencariannya membawa dengan menjadikan tiga di antara sejumlah lelaki tersebut sebagai suaminya dan tinggal di rumah bahkan berganti-ganti tidue dengannya.

Suami pertamanya, Richard Alich merupakan seorang duda dan pegawai polis yang mempunyai 10 orang anak dewasa. Suami kedua, John Peter Oluka merupakan seorang petani yang kaya dan mempunyai rumah di kampung tersebut. Suami ketiga, Michael Enyaku merupkan seorang sarjana muda yang juga memiliki tanah dan rumah di kampung lain.

Tambahan itu, wanita itu turut dianggap sebagai ketua keluarga di mana segala aktiviti perlu dilakukan bersama termasuklah memerhatikan daftar hak suami isteri dan mematuhi arahannya.

Bahkan, dirinya mendakwa bahawa suami dan kekasihnya pernah bertengkar akibat cemburu sehingga hampir mengancam nyawanya. Hal ini, bapanya sangat bimbang akan keselamatan wanita berkenaan namun wanita itu tetap dengan penderian hidupnya.

Bagaimanapun, Aguti disahkan mengandung enam bulan namun ia menjadi persoalan siapakah bapa kepada anak yang dikandungnya.

Sumber: The Guardian