Siakap Keli
Sumber : Google

Kenapa Banyak Pintu Dan Tingkap Mesti Bentuk Segi Empat Tepat? Ini Alasannya

Kebanyakan pintu dan tingkap yang direka hampir kesemuanya berbentuk segi empat tepat. Ini kerana ia mudah direka dan dibina mengikut kesesuaian dengan keseluruhan rumah. Pun begitu, ada juga pintu rumah yang direka berbentuk segitiga, bulat, elips, bahagian atas bulat, bahagian atas lengkung, dan beberapa lagi bentuk geometri yang lain. 

Pernah tak anda fikir kenapa bentuk geomteri selain daripada bentuk segi empat tepat sukar dihasilkan? Ini kerana bahan-bahannya adalah terhad dan kos untuk menghasilkan bentuk tersebut sangat tinggi berbanding dengan pintu dan tingkap segi empat tepat.

Kebanyakan tingkap yang mempunyai bentuk selain dari segi empat tepat mempunyai sedikit kesukaran untuk membuka dan menutupnya. Hal ini kerana rekaannya yang sukar untuk dihasilkan menjadikan ia juga lebih sukar untuk dikendalikan.

Berikut merupakan beberapa sebab dan alasan mengapa kebanyakan pintu dan tingkap direka dalam bentuk segi empat tepat.

(1) Kos dibuat lebih murah berbanding bentuk lain

Anggaran kos pintu dan tingkap bentuk segi empat tepat adalah lebih rendah berbanding bentuk lain. Bahan-bahan yang dihasil seperti kaedah pemotongan, penyemperitan, dan juga kaedah pembentukan adalah lebih mudah untuk dihasilkan.

Selain itu, pereka pintu dan tingkap dalam bentuk ini kebanyakannya diikukur dari segi sudut 90 darjah yang lebih mudah untuk dianggarkan berbanding bentuk lain.

(2) Lebih mudah untuk dikendalikan

Pintu dan tingkap yang direka dalam bentuk segi empat tepat adalah disebabkan mudah untuk dihasilkan. Contohnya bentuk segi empat tepat dapat menghasilkan pelbagai  variasi tempat tutup, tempat buka dan bahagian penguncian. Berbeza pula dengan bentuk geometri lain yang tiada pilihan hanya satu variasi sahaja yang boleh dihasilkan.

Oleh sebab itu, kawasan perumahan kebanyakannya direka menggunakan bentuk segi empat tepat. Permintaannya jauh lebih tinggi berbanding dengan rekaan bentuk lain.

(3) Sesuai dengan pelbagai ruang

Pintu dan tingkap segi empat tepat juga boleh dimuatkan dalam pelbagai ruang. Sama ada sesebuah rumah atau pejabat itu mempunyai ruang yang kecil atau besar, ia boleh disesuaikan dengan bentuk segi empat tepat. Jika diletakkan dengan bentuk geometri lain, ianya akan menyukarkan ukuran dan padanan dan mengambil masa yang agak lama untuk dihasilkan.

(4) Pasaran tinggi

Kelebihan yang terdapat pada pintu dan tingkap dalam bentuk segi empat tepat membuatkan permintaannya semakin tinggi dan lebih mudah untuk dihasilkan. Semakin tinggi permintaan, semakin banyak  keuntungan yang diperoleh oleh pereka pintu dan tingkap dalam bentuk ini.

Namun begitu, permintaan pintu dan tingkap dalam bentuk geometri lain pula tidak mendapat permintaan yang tinggi kerana keseluruhan tetingkap tidak akan dapat dibuka.

Oleh itu, pilihan dan kesesuaian pintu dan tingkap di rumah anda adalah bergantung kepada cita rasa sendiri. Jika anda mempunyai modal yang lebih, anda boleh memilih pelbagai rekaan dan bentuk bagi pintu dan tingkap. Namun, anda juga perlu fikirkan kebaikan dan kesan yang diberi dalam pemilihan bentuk dan ciri selain daripada segi empat tepat.

Sumber : Quora.com