Siakap Keli
Gambar : Google

Kes Jangkitan Covid-19 Semakin Tinggi, Tiga Kesilapan Nii Perlu Elak Ketika Di Pejabat

Setiap hari bacaan kes jangkitan Covid-19 semakin hari semakin meningkat. Terdapat beberapa buah negeri mempunyai kes yang tinggi sehingga menjadikan jumlah kematian semakin meningkat. Walaupun kerajaan telah menetapkan SOP kepada rakyat, namun ada yang masih berdegil dan tidak patuhi arahan yang ditetapkan.

Selain itu, ada juga dari mereka yang sepatutnya dikuarintin dari rumah, namun sifat mementingkan diri sendiri  dengan keluar ke merata tempat membuatkan jangkitan Covid-19 merebak dengan cepat kepada orang lain.

Walaupun pihak kerajaan membenarkan rakyat untuk keluar ke pejabat, berkumpul dengan ahli keluarga atau membuat majlis kecil, anda perlu pakai pelitup muka supaya mengelakkan penyakit ini daripada merebak.

Menurut sumber dari Twitter KKM Malaysia, terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia yang sering dilakukan dan perlu dielakkan. Antaranya:

(1) Mereka rakan sepejabat

Ramai di kalangan mereka pergi ke tempat kerja memakai mask, namun, apabila mereka mengadakan perjumpaan dan mesyuarat, pelitup muka ditanggalkan dan bercakap seperti biasa. Ini adalah satu kesalahan yang menyebabkan virus ini mudah merebak.

Walaupun anda ke pejabat, pelitup muka sangat penting kerana anda berhadapan dengan orang ramai dan tidak tahu latar belakang mereka.

Begitu juga setelah selesai bermesyuarat, jangan berjabat tangan walaupun sebagai tanda hormat. Jika tersentuh, pastikan anda memakai hand sanitizer untuk mengekalkan kebersihan tangan anda.

(2) Mereka adalah rakan karib

Mungkin ada sesetengah dari mereka yang keluar dengan rakan-rakan dan bercakap tanpa memakai pelitup muka. Ada yang pergi bercuti bersama dan lalai dengan penjarakkan sosial seperti yang ditetapkan. Walaupun anda merasakan rakan anda sangat akrab, anda juga perlu mematuhi SOP dan amalkan norma yang baharu.

Pastikan anda peka dan jangan leka soal pelitup muka. Rakan karib anda juga mungkin mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 tanpa disedari. Oleh itu, sentiasa waspada walaupun dengan rakan.

(3) Mereka adalah bersaudara

Perkara yang paling ramai lakukan adalah berkumpul dan bercakap dengan ahli keluarga atau saudara-mara tanpa memakai pelitup muka. Hal ini sering kali berlaku kerana sudah terbiasa dengan keadaan sewaktu dahulu di mana  mereka boleh berkumpul beramai-ramai dan berbual seperti biasa. Anda perlu tahu, selepas negara kita dilanda Covid-19, kita mempunyai norma baharu yang mesti dipatuhi dan tidak boleh membuat seperti keadaan yang lama.

Sehubungan dengan itu, anda boleh tanggalkan pelitup muka jika hendak makan atau minum dan bukan ketika sedang berbual. Pun begitu, ibu bapa perlu kawal tindakan anak-anak kerana bimbang jika mereka bersentuhan sesama saudara-mara yang datang dari luar dalam keadaan tangan yang tidak bersih.

Sumber : KKMalaysia