Siakap Keli

“Makan Kacang Badam,” Lemak Di Perut Makin Bertambah, Cuba 3 Tips Ini Untuk Hilangkannya

Lemak di bahagian perut mungkin antara lemak utama yang anda ingin buang. Bagi lelaki, lemak di bahagian perut adalah sangat biasa berlaku. Perut boroi, terutamanya selepas kahwin, telah menyerang ramai orang lelaki, khususnya di Malaysia.

Selain tip-tip lain untuk menghilangkan berat badan, apakah ada tip mudah untuk menghilangkan lemak di bahagian perut?

Ikuti 3 tip di bawah.

1. Anda tidak perlu berhenti mengambil karbohidrat

Bunyinya gila dan tidak masuk akal tapi ada benarnya. Bukan sekadar itu, anda juga perlu menambahkan serat ke dalam diet anda.

Amalkan makanan kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Serat membantu anda kekal kenyang dalam tempoh yang lebih lama seterusnya mengurangkan keinginan untuk makan banyak.

Ia juga menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus yang dikaitkan dengan berat badan yang sihat.

2. Makan kacang badam

Kacang badam atau almond bukan sekadar enak, tetapi kaya dengan serat menjadikan ia makanan pilihan ramai orang. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan badam setiap hari hilang lebih banyak lemak abdomen berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

3. Angkat berat tiga kali seminggu

Senaman rintangan seperti angkat berat tiga kali seminggu boleh membantu anda membakar banyak lemak di perut atau abdomen. Ini adalah kerana otot yang aktif meningkatkan metabolisme badan.

Namun, jangan tinggalkan rutin senaman ringan anda. Ia adalah penting dalam penurunan berat badan secara am.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)