Siakap Keli
Gambar : Daily Star

Memilukan, Anjing Ini Cuba Bangunkan Rakannya Yang Telah Mati Undang Sebak

Rakaman yang menyentuh hati apabila seekor anjing liar yang bermatian berusaha membangunkan kawannya yang sudah mati setelah dipercayai dilanggar kenderaan di Kota Iloilo, Filipina.

Anjing yang terlihat jelas tertekan itu terlihat cuba mengheret kawannya tetapi tidak mendapat tindakbalas, anjing yang kesedihan itu seakan mencari-cari bantuan.

Mark Vincent Java mengatakan bahawa dia sedang dalam perjalanan pulang bersama keluarganya dari pengebumian seorang rakan sebelum dia menemukan adegan yang memilukan itu.

“Kami semua menangis saat melihat anjing itu kerana teman saya baru saja meninggal,” katanya. “Ini terasa seperti tragedi berganda.
“Cara teman saya meninggal sangat serupa. Keluarganya berusaha keras untuk membangunkannya. Mungkin anjing itu merasakan hal yang sama.”

Mark percaya bahawa anjing itu mati akibat dilanggar oleh kenderaan yang laju seperti yang sering terjadi pada malam hari ketika daerah itu gelap gelita.

Dia menambah, mereka memberi tahu petugas desa terdekat tentang keadaan anjing itu, tetapi ia tidak meninggalkan temannya yang telah mati sehingga kereta itu pergi.

Mark berkata: “Anjing itu tetap berada di sisi temannya sambil mengeluarkan suara rintihan setelah kami pergi. Para petugas desa mengatakan mereka akan membantu anjing itu. ”

Sumber : Daily Star