Siakap Keli
Gambar : Bernama

PKP: Jumlah Kenderaan Masih Tinggi Di P.Pinang

GEORGE TOWN,13 Jan — Jumlah kenderaan di beberapa lokasi jalan raya di Pulau Pinang tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun negeri itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu, bermula hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata jumlah kenderaan masih tinggi terutama ketika waktu puncak dipercayai kerana orang ramai ke tempat kerja masing-masing.

Tinjuan Bernama mendapati  jalan raya seperti susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang dari Seberang Jaya dan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke George Town serta Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan beberapa kilometer kerana jumlah kereta yang banyak.

Sementara itu, Sahabudin berkata sebanyak 44 sekatan jalan raya (SJR) yang dijalankan di seluruh Pulau Pinang dan jumlah itu akan ditambah pada masa depan jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

— BERNAMA