Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Sedang Dihimpit Kemarau Yang Teruk, Istanbul Di Turki Dijangka Kehabisan Air Dalam Tempoh 45 Hari

Istanbul mungkin akan kehabisan air dalam masa 45 hari ketika Turki pada ketika ini menghadapi musim kemarau terburuk dalam tempoh satu dekad.

Menurut Daily Mail, pembangunan bandar yang luas telah menyebabkan empangan di bandar yang dihuni oleh 17 juta orang itu hampir menjadi kering.

Paras air di empangan Omerli, sumber air utama bagi bandar itu berada pada tahap terendah dalam 15 tahun terakhir dengan kapasiti hanya 20 peratus kerana kekurangan hujan.

Datuk bandar Ankara, Mansur Yavas mengatakan air yang tersisa di empangan dan takungan hanya akan mencukupi untuk tempoh 110 hari sahaja.

Gambar Via Daily Mail

Dua bandar terbesar di Turki iaitu Izmir dan Bursa telah menyaksikan empangan masing-masing berada pada tahap hanya 36 dan 24 peratus.

Keadaan sangat ‘mengerikan’ sehingga masjid diminta berdoa untuk hujan pada bulan Disember di bawah arahan Presiden Urusan Agama.

Turki menghasilkan hanya 1, 346 meter padu air per kapita per tahun, menjadikannya negara yang sering kekurangan air.

Ahli akademik di Universiti Teknikal Istanbul berkata bahawa Turki mempunyai iklim separa gersang kerana lokasi geografinya dan mengatakan pengurangan jumlah hutan dan kawasan hijau di negara itu telah menjadikan kemarau lebih teruk.

Sumber: Daily Mail

BACA: Sambal ‘Win’, Netizen ‘Try’ Nasi Atuk KFC Viral