Siakap Keli
Gambar Via Malar Santhi Santherasegapan

Suami Berkeras Tak Percaya Pandemik & Arah Isteri Telan Vitamin C ‘Bergelen-gelen’, Doktor Dedah Kini Dua-dua Nazak & Koma Kerana COVID-19

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sudah lebih setahun sejak kes pertama COVID-19 dilaporkan, kini seluruh dunia sedang bergelut dengan virus yang berbahaya ini.

Dengan peningkatan kes positif dan kematian setiap hari, langkah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 perlulah diamalkan.

Pun begitu, ada sesetengah individu yang masih tidak percaya mengenai jangkitan virus ini, bahkan mengganggap bahawa ia hanya rekaan semata-mata.

Sedar mengenai hal ini, seorang doktor, Malar Santhi Santherasegapan berkongsi kepada orang ramai mengenai kisah pasangan yang tidak percaya pada COVID-19 namun akhirnya dijangkiti virus itu.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia juga menasihatkan orang ramai agar tidak melengahkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya bergejala. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

‘Ni saya kongsikan satu kisah tipu’

COVID19 ni memang tipu je, plandemik je, cerpen je. Oh ya, konspirasi sahaja. Tak perlu takut pun, korang relax macam biasa je, tak perlu ubah norma kehidupan. Kalau kena jangkitan pun, boleh sembuh dengan senang. Tak perlu risau.

Ni saya kongsikan satu kisah tipu

Tak sihat tapi katanya tak demam, tak batuk tak selsema. Deria bau tak hilang. So apa yang tak sihat nya? Tak sedap badan, dan takde selera makan, rasa penat.. itu je katanya.

Hari ke-3 tak sihat, dia pergi ke klinik GP, diperiksa oleh doktor, dan disarankan buat Covid test. Dia taknak sebab suami dia tak percaya covid ni..

Saja je doktor nak kaut untung, sebab tu suruh test, kata suaminya. Dia takde “close contact” maka takleh dipaksa buat covid test, jadi discharge lah dengan ubat.

Hari ke-6 tak sihat. Sama sahaja cerita nya. Tak demam, takde symptoms lain. Tak sedap badan jeeeerrr. Hmmhhh… Kali ni setelah diperiksa, doktor dengar bunyi tak best dalam paru-paru. Maka buat lah XRay dada. Tadaaaa!

Dah nampak “Pneumonia” ala ala jangkitan covid. Sekali lagi dia dinasihatkan dan dipujuk untuk buat swab test. Masih taknak..

Suaminya lagi lantang dari pesakit sendiri, menolak saranan doktor. Dia memang pasti itu bukan covid19, ye lah COVID ni konspirasi je, plandemik jer.

Gambar Via Malar Santhi Santherasegapan

Hmhhhh

Hari ke-9 tak sihat, ke hospital juga akhirnya. Nafasnya nampak laju sikit, nampak letih dan mengah. Si suami nampak agak risau. Oxygen dalam 94%-95% je. Buat xray sekali lagi. Tadaaaaaaaa! Tu dia.. Full blown COVID19 Pneumonia, memang dah tak lain tak bukan!

Kali ni baru setuju untuk dibuat swab test c19. Suami sempat sergah “Korang saja buat swab sebab nak charge mahal mahal kan?

Gambar Via Malar Santhi Santherasegapan

Swab test RT PCR COVID19 POSITIVE !!
Doktor tak terkejut pun.

Pesakit dan suaminya tak usah cakap lah. Baru lah nak mengaku rupanya demam dah 10 hari, cirit birit 10-15 kali sehari sebab amek vitamin C bergelen gelen.

Laahhh, patut lah ujian darah buah pinggang tunjuk semua nombor tinggi menggunung.

Setelah dirujuk ke hospital covid negeri berkenaan, pesakit ni masih nazak, masih bertarung nyawa. Suami pun dah positive dan diberi bantuan pernafasan jugak, koma jugak.

Memang tipu je kan? Plandemik kan?

Saya harap pasangan ni didatangi malaikat ketika dalam koma dan diberi hidayah untuk menerima hakikat Pandemik Covid19. Semoga mereka boleh beri kesedaran kepada orang lain setelah sembuh nanti.

**Saya pernah baca kat Mastika, orang dalam koma akan jumpa malaikat. Betul ke? Korang baca Mastika tak?

#celotehdrmalar

Nota kaki : Sila berjumpa doktor dan ikut saranan doktor sekiranya anda bergejala, tak kira lah ada close contact COVID atau tidak.

Sekarang ni banyak sesangat yang dah bergejala baru dikesan positive COVID.

Bukan macam sebelum ni yang mana kebanyakkan pesakit positif COVID, tetapi tidak bergejala.

Sumber: Malar Santhi Santherasegapan

BACA: Modal Tak Banyak? Ketahui Tips Untuk ‘Transform’ Rumah Baharu Dengan Gaya Mewah