Siakap Keli
Gambar: Rofina Hassan

Tips Mudah Simpan Sayur, Daun & Buah Untuk Kekal Segar, Boleh Terus Guna Untuk Masak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Para ibu yang biasa membeli barang dapur dan memasak, mesti dah maklum banyak benda yang kena simpan betul-betul supaya tahan lama.

Daun kari ke, daun bawang ke, sayur sawi, buah pisang, buah limau, cili dan sebagainya. Semua tu penting dalam masakan.

Kalau tak simpan betul-betul, ia akan cepat layu. Nanti belum sempat nak masak, benda tu semua dah busuk. Sayang je kan.

Jadi pada hari ini, seorang warganet Rofina Hassan berkongsi satu tips paling mudah nak simpan sayur, daun dan buah untuk kekal segar.

Beliau berkongsi tips ini di group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini. Jom ikuti langkah mudah di bawah ini.

Gambar: Rofina Hassan

Mokcik percaya, ramai yang dah tahu cara menyimpan daun kari, bunga kantan, daun sup dan banyak lagi supaya tahan lama. 

Baunya pun tak hilang, masih harum ketika dimasak.

Kitakan selalu beli barang-barang tersebut di pasar. Kadang-kadang sikit je kita guna. Yang lebih tu, kadang-kadang kering layu macam itu je. Sayang kan.

Jadi untuk tidak membazir, kita simpan barang-barang tersebut di petak beku setelah dicuci bersih. 

Kalau nak guna untuk memasak, senang. Terus masukkan ke dalam masakan kita.

Gambar: Rofina Hassan

Buah pun boleh juga guna cara yang sama. Kalau buah tu berlebihan dan kita tidak mahu membazir, kita boleh bekukan sahaja.

Kita boleh guna untuk buah pengat atau kuih kegemaran kita di kemudian hari.

Kita boleh potong dahulu ikut cita rasa kita, atau simpan terus begitu sahaja.

Buah-buahan yang akan digunakan untuk memasak sesuailah disimpan cara begini.

Selamat mencuba..

Sumber: Rofina Hassan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'