Siakap Keli
Gambar: Mothership

“Tolong Ambil Balik,” Penduduk Berang, Tampal Notis ‘Lost & Found’ Supaya Pemilik Kondom Terpakai Kutip Bawa Balik

Seorang penduduk di Bishan, Singapura telah mengemukakan beberapa notis untuk barangan yang ‘hilang dan dijumpai’, lapor portal Mothership.

Barangan hilang yang dimaksudkan itu adalah kondom terpakai yang di definisikan sebagai ‘kecil, pendek dan sedih’.

Menurut Stomp, notis tersebut telah disiarkan pada hari Selasa (12 Januari) di salah satu blok yang terletak di Bishan.

Notis tersebut dilaporkan telah ditampal di lobi lif daripada tingkat tujuh hingga tingkat sebelas rumah pangsa berkenaan.

Notis tersebut tertulis: “Semoga pemilik kondom yang kecil, pendek dan sedih ini bawa pulang ke rumah. Juga, ingat bahawa membuang sampah adalah kesalahan jenayah! Sekiranya anda tidak tahu cara menggunakan dan membuang dengan betul, maka jangan melakukan hubungan seks. Tolong, jadilah manusia yang berguna dan buangkannya seperti biasa.”

 

Turut dikongsikan bersama di dalam notis tersebut gambar kondom berkenaan.

Difahamkan, kondom itu telah ‘mendarat’ di kompresor penghawa dingin selepas ianya didakwa dibuang daripada tingkat atas.

Seorang penduduk yang melihat notis itu memberitahu Stomp bahawa ianya adalah kali pertama dia menyaksikan notis pemberitahuan sebegitu.

Kebiasaannya, notis pemberitahuan yang terdapat di sekitar blok itu adalah berkaitan dengan haiwan peliharaan yang hilang, tambahnya.

Dia juga turut menyatakan bahawa notis pemberitahuan itu masih ada ketika dia meninggalkan rumahnya pada jam 12.30 tengah hari pada 13 Januari lalu.

Sumber: Mothership

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.