Siakap Keli

Tumbler Anda Berbau? Ini 4 Cara Mengatasi Masalah Tumbler Berbau

Tumbler merupakan bekas yang dapat menampung dan menjaga air panas seperti bancuhan kopi atau teh dengan waktu yang lebih lama daripada bekas lainnya. Namun, kelemahannya adalah sering kali meninggalkan bau yang kurang enak akan tertinggal di dalam tumbler. Hal ini akan menyebabkan rasa kurang enak apabila mahu digunakan semula. Dipetik artikel dari Hunker, pencucian biasa yang dikombinasikan dengan baking soda atau sedikit cuka dapat membuat bau tersebut menghilang.

1. Air panas

Untuk menghilangkan bau yang tertinggal di dalam tumbler boleh menggunakan air panas yang diisikan ke dalamnya, kemudian diamkan selama beberapa jam dengan keadaan tertutup. Setelah beberapa jam, bilas termos dengan air biasanya yang mengalir untuk menghilangkan baunya.

2. Cuci

Mencuci tumbler dengan air sabun yang panas cukup untuk menghilangkan bau yang tertinggal. Tuangkan sedikit sabun cuci piring ke dalam tumbler, lalu isi dua pertiga bahagiannya dengan air panas. Pasang kembali tutupnya, goncangkan tumbler, kemudian bilas dengan air bersih. Jika masih berbau atau tidak terlihat bersih, taburkan sedikit soda bikarbonat di dalamnya saat tumbler masih basah.   Gosok bahagian dalam dengan kain lap yang dibungkus berus botol untuk membantu menghilangkan kotoran. Bilas bahagian dalam tumbler, serta tutup, tetapi jangan merendam bahgian tersebut di dalam air. Lap bahagian luar dengan kain pencuci piring.

3. Cuka

Cuka menawarkan cara semula jadi untuk menghilangkan bau pada tumbler, mug dan botol air yang sukar dibersihkan. Tuang satu atau dua inci cuka putih ke dalam teko bersih, lalu isi sebahagian besar dengan air panas. Tutup tumbler, goncang, kemudian diamkan selama 30 minit atau lebih. Kosongkan tumbler, lalu biarkan cuka mengering. Cuka yang tersisa membantu menghilangkan bau yang tertinggal dan akhirnya mengwap tanpa bekas. Bilas tumbler jika baunya hilang atau ulang proses perendaman.

4. Mencuci secara teratur

Cara terbaik untuk menjaga agar tumbler tidak berbau adalah dengan selalu membilas atau mencucinya segera setelah digunakan, atau paling tidak, dalam beberapa jam. Semakin lama cairan berada di dalam termos, semakin besar kemungkinannya untuk membusuk dan membuat bekas berbau atau lebih buruk lagi, berkulat. Untuk sup atau makanan lain, sebaiknya simpan di peranti tumbler yang dicipta khas untuk makanan. Ini memiliki bukaan yang lebih lebar daripada tumbler jenis minuman tradisional, dan juga lebih mudah dibersihkan.

Sumber- Kompas.com, Hunker

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.