Sudah sedia maklum, seluruh dunia masih berperang dengan penularan wabak pandemik COVID-19 yang semakin hari semakin merungsingkan. Wabak tersebut bukan sahaja boleh dijangkiti oleh orang dewasa mahupun warga tua malah kanak-kanak dan bayi juga berisiko untuk menghidapi virus itu.
Hal ini, bayi mempunyai ketahanan badan yang lemah yang menyebabkan diri mereka mudah terkena jangkitan. Meskipun pelbagai cara ibu bapa mereka gunakan untuk melindungi anak-anak mereka.
Baru-baru ini, terdapat sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang bayi perempuan sedang mengalirkan air mata dek kerana menahan keperitan menjalani swab test sehingga menjadi tular di media sosial.
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna akaun TikTok @farish_jz, pada awalnya bayi yang merupakan anak buah kepada lelaki itu kelihatan tenang tatkala berada di ribanya. Namun, suasana bertukar apabila seorang petugas kesihatan menjolok masuk swab polyester ke dalam rongga hidung bayi berkenaan.
Difahamkan, ujian tersebut dilakukan berikutan suami kepada pengasuh bayi tersebut dilaporkan positif COVID-19. Hal ini membuatkan dirinya tidak senang duduk dan bayi itu terpaksa menjalani swab test.
Walau begitu, rakaman video tersebut telah meraih lebih 344 ribu tontonan bahkan rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa simpati dan mendoakan kesihatan bayi tersebut.
@farish_jz Swab test anak buah kesian pulak tengok. Semoga baik2 saja #inaramikayla