Siakap Keli
Gambar via Mental Floss

Aroma Syurga! Wanita Ini Cipta Dan Tawar ‘Perfume’ Dari Orang Yang Dah Meninggal Dunia

Katia Apalategui mendakwa dirinya mendapat inspirasi untuk mencipta minyak wangi daripada bau orang yang telah meninggal dunia. Difahamkan, idea tersebut muncul ketika ibunya masih mempunyai sarung bantal yang membuatkan memori bersama bapanya sentiasa segar di ingatan.

Menurut laporan, wanita itu dilaporkan telah menubuhkan sebuah syarikat minyak wangi untuk membolehkan orang ramai membeli minyak wangi yang bersesuaian dengan aroma yang unik dari orang yang mereka sayangi.

Pengusaha syarikat Katia Apalategui mempercayai bahawa minyak wangi yang dihasilkan akan memberi keselesaan kepada sesiapa sahaja yang merindui pasangan, ahli keluarga atau rakan mereka yang telah meninggal dunia.

Gambar via BuzzFeed

Dengan kerjasama seorang saintis dari Universiti Le Havre, minyak wangi tersebut dihasilkan semula menggunakan teknik yang tertentu dan dijual dengan harga sekitar 400 euro (RM 1,961.76).

“Kami pergi ke rumah pengebumian untuk menawarkan kepada keluarga sebuah kotak kecil yang berisi botol bau yang telah kami ambil dari sekeping bahan yang disediakan oleh mereka,” katanya.

Saintis dari Universiti Le Havre berkata: “Kami mengambil pakaian orang itu dan mengeluarkan bau, yang mewakili sekitar serratus molekul dan kami menyusunnya semula dalam bentui minyak wangi dalam tempoh empat hari.

Sumber: Mirror UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.