Disebabkan Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia, ramai di kalangan masyarakat terpaksa mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada orang tersayang tanpa bertemu dengan mereka di hospital.
Sebelum ini, Erendira Guerrero yang berusia 55 tahun mendakwa dirinya menjahit topeng pelitup muka kini menghasilkan anak patung yang duiperbuat dari pakaian pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Difahamkan, wanita tersebut menghasilkan anak patung di bilik kecil di rumahnya yang dijadikan sebagai bengkel jahitan. Tujuan dirinya menghasilkan anak patung adalah sebagai tempat mengubati kesedihan dan rindu mereka di atas pemergian orang yang tersayang akibat COVID-19.
Menurutnya, anak patung didakwa dapat menjadi sokongan penting bagi ahli keluarga mangsa COVID-19 yang menghalang mereka daripada melihat bahkan bertemu dengan jasad orang tersayang.
Bagaimanapun, wanita itu mendakwa telah menghasilkan sekitar 200 anak patung untuk ahli keluarga mangsa COVID-19. Bukan itu sahaja, dirinya mengenakan bayaran sebanyak $ 30 untuk menghasilkan sebuah anak patung berserta melampirkan nota yang bertulis, “Ini baju yang biasa saya pakai, setiap kali anda pegangnya, anda akan tahu saya sudah berada di sana. Sayang ayah”.

Sumber: Indian Times