Siakap Keli

Kulit Boleh Jadi Gelembung Air Kena Cecair Semut Charlie, Ini Cara Nak Cegah Dari KKM

Pernah digigit dengan serangga? Walaupun haiwan ini mempunyai saiz yang kecil namun sesekali ia agak berbisa. Tambah-tambah lagi kalau korang pernah terkena ‘semburan’ dari semut Charlie atau dikenali jugak dengan nama semut kayap atau Tomcat.

Semut ini sangat popular dikalangan masyarakat kita kerana ia bersaiz kecil tetapi sangat berbisa. Mempunyai bentuk badan seperti kerengga, berbelang hitam dan oren.

Jadi, menerusi laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkongsi beberapa langkah pencegahan untuk menghindari semut berbahaya ini.

Untuk pengetahuan anda, semut ini tidak mengigit tetapi ia meninggalkan cecair yang mengandungi Paederin yang menyebabkan gelembung air pada kulit sekiranya tidakcdbasuh dengan segera.

Ketidakselesaan pada kulit ini adalah sederhana tetapi boleh berpindah ke kawasan lain seperti muka dan kawasan genital. Ia juga boleh menyebabkan Konjuktivitis pada mata.

Ini 5 pencegahan yang perlu korang ambil tahu dan hindari pada semut Charlie ini. 

  1. Elakkan bersentuhan dengan semut Charlie
  2. Kenali dan elak menganggu semut ini
  3. Tiup sekiranya ia hinggap di kulit
  4. Basuh kawasan yang terkena cecait Paederin dengan air dan sabun
  5. Tutup lampu berhampiran ketika tidur

Serangga ini sering berada di kawasan yang lembap, jadi jagalah kebersihan rumah dan persekitarannya untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang