Siakap Keli
Gambar via The Sun UK

Nenek Berusia 106 Tahun Di United Kingdom Disahkan Semakin Pulih Selepas Dijangkiti Wabak COVID-19

UNITED KINGDOM – Seorang nenek, Mary Nicholson atau dikenali sebagai Polly menyambut ulang tahun yang ke-106 bersama kakitangan rumah jagaan di St Helen’s, Merseyside. Namun disebalik usianya, dirinya disahkan semakin pulih selepas dijangkiti COVID-19 pada malam tahun baru yang lalu.

Bekas tukang masak yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak berkata: “Saya batuk tetapi saya berasa lebih baik.

“Saya tidak dapat menerangkan kepada anda betapa indahnya sambutan hari lahir saya. Pelbagai kad ucapan dan hadiah saya terima sempena hari lahir saya,” katanya.

Namun begitu, dirinya mengatakan bahawa ia pasti lebih baik dan seronok sekiranya dapat menyambut hari lahir setelah pulih daripada COVID-19.

Polly turut berkata, dirinya tidak sabar untuk kembali pulih dan ingin berjumpa keluarganya. Baginya, keluarga adalah orang yang paling penting dalam hidupnya.

Sumber: The Sun UK

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.