Seorang doktor pakar bedah plastik dilaporkan meninggal dunia pada 8 Januari yang lalu akibat mengalami pendarahan otak setelah koma akibat masalah paru-paru. Dirinya disahkan positif COVID-19 selepas seorang pesakitnya yang positif batuk kepadanya ketika melakukan rawatan bibir.
Bapa kepada dua anak itu melakukan prosedur pembedahan kepada wanita perkenaan setelah pemeriksaan suhu dan mengisi soal selidik mengenai COVID-19.
Difahamkan, wanita itu tidak memakai pelitup muka dan tidak disyaki positif virus berkenaan. Namun, beberapa hari kemudian, pesakit tersebut menghubungi doktor itu bagi memaklumkan dirinya positif COVID-19.
Tambahan itu, rakan sekerja doktor mengatakan bahawa dirinya kelihatan baik sahaja selama lebih kurang seminggu sebelum mendapati doktor tersebut mengalami gejara, menurut KCAL. Disebabkan itu, doktor berkenaan dikejarkan ke Pusat Perubatan Cesars-Sinai akibat mengalami masalah sesak nafas dan demam.
Bagaimanapun, jumlah kematian yang berlaku di negara berkenaan telah dilaporkan sebanyak 30,000 orang pada hari Isnin yang lalu.
Sumber: Metro UK