Siakap Keli
Gambar Hiasan Via KKM

Pendaftaran Untuk Suntikan Vaksin Bagi Rakyat Malaysia Akan Dibuka Tidak Lama Lagi – Dr Adham Baba

Dengan peningkatan kes COVID-19 pada setiap hari, pastinya ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Namun, jangan risau kerana rakyat Malaysia sudah semakin hampir untuk mendapatkan bekalan vaksin yang dijangka akan diterima pada akhir bulan Februari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) orang ramai sudah boleh mula mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian KKM di Facebook, Menteri Kesihatan, Dato’ Dr Adham Baba menjelaskan mengenai penerimaan vaksin tersebut. Ikuti perkongsian di bawah ini.

Pendaftaran untuk suntikan vaksin akan dibuka tak lama lagi

Pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin COVID-19 di negara ini akan dibuka tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba.

Bercakap ketika menjadi tetamu program Bicara DR di RTM malam tadi, Dr Adham berkata, kerajaan mensasarkan memberi vaksin kepada 70% populasi atau 23 juta orang bagi membentuk imuniti berkelompok.

Mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam tiga fasa:

Fasa 1 – barisan hadapan
Fasa 2 – kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas
Fasa 3 – orang awam berumur 18 tahun ke atas

Dr Adham berkata, vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir bulan Februari ini, telah diberi kelulusan bersyarat oleh NPRA.

Selain Malaysia, 49 buah negara lain juga telah memberi kelulusan malah ada negara telah pun mengguna vaksin itu, katanya.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan WHO untuk kegunaan kecemasan.

Dr Adham berkata, 4 matlamat imunisasi COVID-19 iaitu:
1. Melindungi barisan hadapan
2. Mengurangkan kematian
3. Membentuk imuniti berkelompok
4. Memutuskan rantaian jangkitan

Mengenai penerimaan rakyat terhadap vaksin COVID-19, beliau berkata, tinjauan KKM mendapati sebahagian besar rakyat setuju.

Tinjauan dalam talian pada 21 Dis -28 Dis 2020 itu disertai 212,000 responden.

1. 67% setuju (90% yakin vaksin berkesan)
2. 17% tidak pasti
3. 16% tidak setuju.

Bagi 17% yang tidak pasti itu pula kerana risau kesan sampingan dan keberkesanan vaksin.

KKM akan membuat tinjauan dan kaji selidik dari semasa ke semasa untuk mengetahui peneriman rakyat, katanya.

“Setakat 13 Jan, kira-kira 32 juta orang di seluruh dunia telah disuntik vaksin COVID-19. Ini menunjukkan vaksin ini diterima masyarakat dunia.

“Namun, vaksin bukanlah penyelesaian. Selepas disuntik, kita masih perlu mempratikkan norma baharu,” katanya.

Pendaftaran untuk suntikan vaksin akan dibuka tak lama lagiPendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin COVID-19 di…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, January 14, 2021

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.