Siakap Keli
Gambar Via Syaffiq S. Salleh

“Saya Rindu Mama Saya,” Anak-Anak Ini Curi-Curi Keluar Ziarah Pusara Ibu Yang Baru Meninggal Dunia Selepas Bersalin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dapat digambarkan perasaan bila perlu menghadapi saat ketika kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya.

Terkadang ada yang hendak diluah namun sering tidak terucap, hanya doa yang mampu dititipkan buat mereka yang telah pergi.

Kehilangan ibu di usia yang begitu muda sememangnya sangat sukar untuk dihadapi.

Sama dengan adik-adik ini yang ditemui sedang berada di kubur sendirian kerana terlalu rindu dengan arwah ibu mereka.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di Facebook Syaffiq S. Salleh,  ibu kepada kanak-kanak itu dipercayai baru sahaja meninggal dunia selepas empat hari bersalin anak yang ketiga.

Menurutnya, dia secara tidak sengaja ternampak tiga orang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun itu semasa sedang berada di sebuah kedai berhampiran kubur dekat Politeknik Kota Bharu di Kampung Kok Lanas.

Syaffiq turut mengatakan bahawa adik-adik itu ‘curi-curi’ keluar untuk pergi ke kubur tanpa pengetahuan orang dewasa yang pada ketika itu sedang mengadakan majlis tahlil.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

“Saya nak gi kubur mama saya, saya rindu mama saya”

Cerito malam ni aku nok kongsi. Lepas gi kat kereto bakar sakni aku gi minum air dengan Long Zkl dengan poksdaro di kedai tepi kubur.

Duk smeta, napok kelibat duk main kot pagar kubur, dengan lampu suluh kecik. Lampu telipon. Cepat-cepat la sek aku gi tengok takut ado gapo pulok.

Sapa-sapa situ, tengok budok kecik-kecik 3 orang. Lebih kurang 12tahun, 8-9 tahun, lepas tu dalam sorang lagi 5-6 tahun kot. Tanyo la aku nyo, “Awok wat gapo sini dik?”

“Saya nak gi tengok kubur mama saya, saya rindu mama saya”, dio jawab. Terkejut dengar. Kubur gelap, jalan ke kubur gelap, hutan kiri kanan. Budok kecik-kecik bjalan kaki mari, berani masuk dalam kawasan kubur hok gelap tu. Bayang la perasaan rindu dia tu sampai tak rasa takut pun. TERLALU RINDU.

Lepas tu, dalam gelap 3 ni bjalan nok gi ke kubur mama dio, sementaro poksdaro bukok lampu. Sampai situ dio duduk, usap tanoh hok basoh lagi. “Mama kakak mintak maaf mama, kakak rindu mama,” macam-macam la luahan dio. Ya Allah nok bjerit sero sebok.

Arwah mama dia mati selepas 4 hari bersalin ank ke 3. Kebumi subuh tadi kalau tak silap.

Malam ni ado tahlil di rumoh arwah, jadi orang-orang dewasa takleh nok turut la kakak ni mintak nok gi kubur. Rumah tu dalam 3-400meter jah dari kubur. Tapi suasano gelap sungguh la. Berapo tekad nyo kakak ni n0k jumpa mama dia, nok luoh, nok kecek, nok oyak rindu.

InshaaAllah pakat sedekahkn al-fatihah dan doa kepada arwah.
Allahummaghfirghlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu.

Semoga adik-adik itu dan seluruh ahli keluarga mereka terus kuat menghadapi ujian dan semoga arwah ibu mereka, Nasuha binti Nik Halimah, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Syaffiq S. Salleh

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.