Siakap Keli
Foto: Natipah Abu

Sedekah Jumaat: Ibu Tunggal Perlukan RM7,000 Untuk Rumah Sewa, Tanggung 5 Orang Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kisah seorang ibu tunggal ini memdnapat perhatian ramai apabila dia terpaksa menyara anak-anak yang masih kecil dengan pendapatan yang sangat sikit.

Difahamkan, keluarga ini memerlukan sumbangan sebanyak RM 7,000 untuk tampung perbelanjaan sewa rumah untuk dua tahun sementera ibu ini mendapatkan kerja tetap yang bagus.

Jadi, untuk mengambil berkat hari Jumaat ini, sukarelawan, Natipah Abu mengajak orang ramai untuk menyalurkan sumbangan buat keluarga ini.

Puan Fazilah ( 44 Tahun ) seorang ibu tunggal. Mempunyai 6 orang anak, anak sulungnya perempuan ( 19 tahun ) sudah pun berkahwin.

Perkahwinan pertamanya ialah ketika dia berusia 23 tahun manakala suami pula 43 tahun. 9 tahun tahun berkahwin … suami pertama yang bekerja kilang itu meninggal dunia akibat sakit jantung. Pemergiaan arwah, meninggalkan Puan Fazilah bersama 4 orang anak.

Mujurlah caruman PERKESO milik arwah melayakkan Puan Fazilah mendapat wang pencen bulanan.

**Puan Natipah Abu ini merupakan seorang sukarelawan yang memberi bantuan berdaftar dan dipercayai.**

Pencen itu cukup untuk menampung kos makan-minum tetapi untuk kos sewa rumah dan lain-lain perbelanjaan mereka lima beranak … Puan Fazilah terpaksa bekerja di sebuah kedai makan.

Di situlah bermulanya perkenalan beliau dengan seorang pemandu lori yang selalu singgah makan di kedainya.

Akhirnya dalam usia 36 tahun, Puan Fazilah mengambil keputusan untuk bernikah lagi buat kali kedua. Bagaimana pun pernikahannya kali ini tidaklah indah seperti yang diharapkan.

Pernikahan dengan suami kedua .. mengurniakan dua orang anak yang sekarang berumur 6 dan 4 tahun. Namun empat tahun lalu .. ketika Puan Fazilah bersalin anak bongsunya .. beliau dihantar pulang ke kampung oleh suami.

Puan Fazilah pula kerap berpindah rumah sewa kerana masalah gagal membayar sewa rumah. Akibat kerap berpindah, salah seorang anaknya kandas sekolah.

Untuk mengatasi masalah itu, kita akan mencari sebuah rumah sewa dan akan menanggung deposit serta menjelaskan sewa bulanan sebanyak RM250 selama dua tahun. Lebihan sumbangan jika ada, akan digunakan untuk membeli peralatan asas rumah tersebut.

Semoga dalam tempoh itu, kita berharap … beliau akan mendapat pekerjaan sampingan dan ada anak-anak yang layak bekerja untuk membantu beliau menyara kehidupan.

Atas sebab itulah maka Sedekah Jumaat kita, kita niatkan untuk membantu Puan Fazilah Binti Mustafa dan 5 orang anaknya yang berusia antara 4 – 17 tahun.

Semoga dengan bantuan kita ini akan membawa harapan dan sinar baru buat mereka sekeluarga terutama anak-anak yang masih kecil.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

SEDEKAH JUMAAT
BANTUAN IBU TUNGGAL
KEPERLUAN SEWA RUMAH RM7K
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521

 

Sumber: Natipah Abu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: