Sebuah syarikat di China mendakwa telah mengenakan denda bagi pekerja ‘malas’ yang menggunakan tandas lebih dari sekali sehari. Syarikat berkenaan, Anpu Electric Science and Technology mengakui telah menguatkuasakan syarat itu dengan mengenakan tindakan sebanyak 20 yuan (RM12.50) kepada pekerja yang melanggar peraturan itu.
Berikutan itu, pada 20 dan 21 Disember yang lalu dipercayai terdapat seramai tujuh orang kakitangan syarikat didapati bersalah. Notis yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut telah tersebarkan di media sosial kerana tidak berpuas hati sehingga ia menimbulkan kemarahan oleh para netizen.
Menurut laporan, pengurus syarikat, Cao menjelaskan tindakan tersebut adalah bagi memberi pengajaran kepada pekerjanya yang malas dan kerap menggunakan tandas bagi tujuan merokok, melepak dan mengelak daripada melakukan tugas mereka.
Menariknya, sekiranya pekerja ingin menggunakan tandas lebih daripada satu kali, mereka dikehendaki membuat permohonan kepada pihak syarikat sebelum membenarkan mereka menggunakan tandas.
Bagaimanapun, berita mengenai notis denda tersebut dipercayai telah menarik perhatian Biro Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial Perbandaran Dongguan. Beberapa pegawai mendakwa telah melakukan siasatan terhadap masalah tersebut.
Sumber: Oddity Central