Siakap Keli
Gambar : Mothership

Wanita Ini Gunakan Payung Untuk Pastikan Ibu Merpati Dan Anak-Anaknya Tidak Terjejas Dek Hujan

Semua manusia di dunia ini perlukan tempat berteduh sebagai perlindungan dari ancaman, cuaca buruk dan sebagainya. Sama juga seperti haiwan, mereka memerlukan satu ruang sebagai tempat untuk mengekalkan suhu badan ataupun membesarkan anak-anak.

Satu perkongsian menarik mengenai seorang wanita bernama Pauw Ling, dia menyediakan ‘rumah tumpangan’ sementara kepada seekor burung merpati yang bertelur di dalam salah satu pasu tanaman di sepanjang koridor rumahnya.

Ling memberitahu bahawa burung merpati telah bertelur sebanyak dua kali pada 20 Disember 2020. Telur itu  menetas, dan menampakkan dua ekor anak merpati.

Gambar Pauw Ling via Mothership
Gambar Pauw Ling via Mothership

Walaupun awalnya semuanya baik, namun hujan lebat pada awal Januari 2021 menyukarkan seekor ibu untuk membesarkan anaknya yang masih kecil apabila titisan hujan jatuh ke atas mereka.

Ling mengatakan bahawa dia tidak tahan melihat ibu merpati yang kebasahan ketika menjaga bayinya itu, dan memutuskan untuk membantu dengan mengikat selembar plastik di atas tanaman pasu dengan klip pakaian, tetapi terlalu berat akibat takungan air dan sekali lagi mengubah taktik.

Gambar Pauw Ling via Mothership

Berikut adalah tempat perlindungan baru burung merpati yang lebih selesa dengan sebuah payung biru diikat dengan nylon pada pagar.

Gambar Pauw Ling via Mothership

Ling menjelaskan bahawa dia hanya ingin membantu burung merpati bertelur dan membesarkan anak-anaknya di tempat yang selesa. 

“Tidak kira apa, ibu tetap ibu, dia ingin menjaga bayinya dan menunjukkan kasih sayang ibu,” katanya.

Sumber : Mothership

Aziezzan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.