Seorang pencinta tanaman hiasan, Hidmat Syamsudin yang berasal dari Garut mendakwa telah menawarkan pertukaran rumah mewah miliknya yang bernilai Rp 500 juta (RM143,149) dengan lebih 40 tanaman hiasan.
Proses pertukaran itu juga dianggap sebagai proses ‘barter’ di mana lelaki tersebut dilaporkan telah menukarnya dengan seorang pedagang dari Depok, Jawa Barat. Dengar sahaja, sudah cukup buat anda tertanya-tanya, adakah berbaloi tindakan lelaki itu?
Difahamkan, Hidmat mengetahui mengenai tanaman hiasan tersebut melalui media sosial. Hal ini membuatkan dirinya sanggup menukar rumahnya dengan pedagang berkenaan. Terdapat lebih dari 40 tanaman hiasan jenis aroid yang berjaya diperolehi Hidmat di mana tanaman hiasan tersebut terdiri dari pelbagai jenis ukuran dan bentuk.
“Di antara tanaman hiasan itu adalah jenis philodendron billietiae variegata dan king monstera variegata thai cobstellation,” kata Hidmat.
Bagaimanapun, tanaman hiasan kepunyaan lelaki terebut dilaporkan memiliki harga sekitar Rp 55 juta (RM 15,746) dan Rp 60 juta (RM 17,177).
Sumber: News.Detik