Siakap Keli

(Video) Ditonton Lebih 5 Juta Kali, Aksi Abang Polis Selamatkan Nenek Terperangkap Dalam Banjir Undang Rasa Sebak Netizen

Beberapa kawasan dan negeri di negara kita kini sedang diuji dengan musibah fenomena banjir hingga menjejaskan ramai pihak.

Banyak bangunan, kampung, bandar dan fasiliti awam telah ditenggelamkan banjir hingga rutin harian masyarakat setempat agak lumpuh.

Tidak hanya kita sahaja yang diuji, malah negara jiran, Indonesia juga turut sedang berduka ditimpa bencana yang serupa.

Memetik laporan Detik, antara kawasan terjejas banjir di Indonesia ialah di sekitar wilayah Kalimantan Selatan.

Gambar: Detik News
Gambar: Detik News

Dalam pada itu, tular satu rakaman video menyayat hati di media sosial baru-baru ini, memaparkan seorang nenek yang terperangkap di rumahnya yang ditenggelami banjir.

Berdasarkan rakaman tersebut, air banjir yang menenggelami kawasan itu dipercayai berada pada paras dada warga emas tersebut, sekaligus mendatangkan risiko lemas sekiranya tidak diselamatkan.

Bagaimanapun nenek itu mampu mengucap syukur setelah bertahan menahan kesejukan yang mencengkam apabila tindakan pantas pihak polis berjaya menyelamatkannya daripada kejadian yang tidak diingini.

Sebak. Marilah tonton video berkenaan seperti yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok di bawah ini.

@adifa023

♬ Kamu & Kenangan – Maudy Ayunda – All About Music 🎵

Lokasi kejadian tidak dinyatakan di mana, namun berkemungkinan  ia dipercayai berlaku di kawasan banjir yang teruk di Indonesia.

Walaupun baru dimuatnaik pada kelmarin, namun video ini tular dan telah ditonton oleh warganet sebanyak lebih lima juta kali setakat ini.

Atas dasar simpati dan empati yang tinggi, ramai warganet tersentuh hati melihat nasib yang menimpa si nenek tersebut.

Rata-rata warganet begitu sedih melihat sosok tubuh yang sudah dimakan usia itu terendam lama dalam banjir.

Sudah tentu kudratnya yang lemah itu tidak mampu untuk menahan kesejukan.

Tersentuh dengan keprihatinan pihak polis, warganet ini mendoakan agar ramai lebih ramai lagi lelaki di dunia ini mempunyai nilai yang sama.

Walaupun bukan senegara, tapi kita dan mereka lahir daripada darah Nusantara yang sama.

Warganet ini ternyata dari Malaysia, turut mendoakan kebaikan buat mangsa-mangsa banjir di Indonesia.

Kadangkala, hikmah Tuhan turunkan musibah ini adalah untuk menyedarkan kita bahawa setiap kehidupan itu perlu saling bergantungan.

Kerana kita semua adalah bersaudara.

Semoga musibah banjir dan pandemik ini akan berakhir tidak lama lagi. Ameen.

Sumber: Tiktok adifa023 / Detik News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'