Siakap Keli

(Video) Kejutan Daripada Isteri, Dr. Zulkifli Terima Hadiah ‘Perisa’ Liverpool Sempena Hari Jadi

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-52 tahun.

Bagi sesiapa yang sudah lama mengenalinya, pasti akan cukup memahami bahawa Dr. Zulkifli merupakan seorang peminat tegar kelab bola sepak Liverpool.

Justeru, bersempena dengan hari lahirnya hari ini, isteri beliau membuat kejutan dengan menghadiahkannya sebiji kek yang ‘berperisa’ Liverpool.

Menariknya, kek berkenaan tertera di atasnya dua sosok tubuh yang saling ‘bergandingan’, iaitu Dr Zulkifli sendiri bersama pemain kebanggaan Liverpool, Mohamed Salah.

Gambar: Twitter

Sambutan hari lahir dikongsikan secara rasmi dalam satu ciapan sekitar tengah hari tadi, turut sama disertai dengan rakaman video ucapannya.

Dalam pada itu, laman Twitter Dr. Zulkifli turut ‘dihujani’ oleh ucapan-ucapan hari lahir.

Warganet, pengikut, peminat serta individu-individu berpengaruh tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan tersebut.

Watak karikatur terkenal, Artortoise juga tidak ketinggalan untuk meraikannya bersama Dr. Zulkifli.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang menyamakan tarikh lahir beliau dengan salah seorang pemain Liverpool warganegara Jepun, Takumi Minamino.

Walaupun mungkin tidak ‘sehaluan’ dalam pasukan bola sepak, namun seorang warganet dipercayai peminat bola sepak pasukan Kedah ini turut sama mengucapkan ucapan hari lahir buatnya.

Sumber: Twitter Dr. Zulkifli

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'