Siakap Keli
Gambar via @namasayasyafiq (twitter)

Viral Atuk Dan Nenek Pun Nak ‘Panic Nikah’, Bikin Para Netizen Teruja & Tumpang Gembira

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sejak diumumkan tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melibatkan beberapa buah negeri seperti Selangor, Johor, Sabah dan lain-lain membuatkan segelintir masyarakat mengambil tindakan untuk melangsungkan pernikahan. Hal ini beranggapan sebagai jalan mudah dan pintas bagi mempercepatkan perkahwinan mereka.

Jika sebelum ini negara kita terkenal dengan ‘panic buying’, sekarang Malaysia pula terkenal dengan ‘panic nikah’. Panic nikah digelarkan kerana tidak memerlukan persiapan yang kebiasaan dilakukan termasuklah tiada persiapan dari segi pakaian pengantin, make up yang gah, kenduri dan sebagainya. Bahkan, pasangan yang mengambil keputusan untuk panic nikah dipercayai hanya mengenakan apa yang ada pada waktu itu.

Walau begitu, situasi tersebut bukanlah suatu perkara yang hanya berlaku pada pasangan muda atau bujang namun pasangan berusia yang berpangkat atuk dan nenek juga tidak ingin melepaskan peluang.

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @namasayasyafiq, atuknya dilaporkan telah dinikahkan pada 11 Januari yang lalu di mana pernikahan tersebut diuruskan oleh anak-anak. Lelaki tersebut memberitahu kepada Siakap Keli bahawa atuknya berusia 78 tahun manakal neneknya pula berusia 70 tahun.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu berjaya mendapat perhatian para netizen dan terdapat segelintir netizen yang mendoakan bahkan tumpang gembira pasangan tersebut.

Sumber: namasayasyafiq (twitter)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.