Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Demi Menuntut Bela, Kisah Ibu Menyamar Jadi Gelandangan Bantu Polis Cari Penculik & Pembunuh Anak Perempuannya

Demi membantu pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes culik dan bunuh anak perempuannya, seorang wanita bertekad menyamar sebagai gelandangan.

Menurut Daily Mail, Nathalie Amaya mendedahkan bahawa dia mengubah penampilannya untuk bercampur dengan gelandangan lain yang tinggal di sebuah bangunan terbengkalai di kejiranan Bogotá di San Bernardo dan mencari suspek yang membunuh anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Gambar Via Daily Mail

Pejabat Peguam Negara Colombia mengumumkan pada Khamis lalu bahawa tiga orang lelaki dan seorang wanita yang terikat dengan geng tempatan yang terkenal kerana melakukan keganasan di kawasan kejiranan telah ditangkap.

Pun begitu, sama ada gadis itu sememangnya menjadi sasaran jenayah tersebut atau dilakukan secara rawak masih lagi menjadi persoalan.

Nathalie yang sedih dengan kehilangan anaknya dengan sukarela menyamar pada 3 Disember lalu dengan harapan dapat menemukan anak perempuannya.

“Saya memutuskan untuk mengubah penampilan fizikal saya, membungkus diri dengan selimut dan menghancurkan banyak arang batu untuk mengotorkan wajah saya.

 

Gambar Via Daily Mail

“Saya memasuki tempat itu dan bersembunyi sehingga mereka merasa bahawa saya adalah sebahagian dari dunia itu,” katanya.

Tambahnya lagi, penyamaran tersebut dilakukan pada setiap malam.

“Tempat yang selalu saya duduk adalah di mana mereka menjumpai mayat anak saya, seolah-olah mungkin dia selalu menyuruh saya datang ke sana, untuk berehat atau mendengar,” katanya.

Mengingatkan kembali detik ketika dia kehilangan anaknya buat selama-lamanya, Nathalie mengetahui berita pembunuhan anaknya itu melalui berita tempatan yang menunjukkan mayat seorang gadis telah ditemukan di sebuah bangunan.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story