Siakap Keli
Gambar Via BBC

Dianggarkan Berusia Lebih 45,000 Tahun, Lukisan Khinzir Dalam Gua Dipercayai Tertua Di Dunia Ditemui Di Indonesia

Ahli arkeologi dilaporkan telah menemui lukisan haiwan dalam gua yang dipercayai merupakan tertua di dunia, dilukis 45, 500 tahun yang lalu, lapor BBC.

Dicat dengan menggunakan pigmen merah gelap, lukisan bersaiz besar itu memperlihatkan seekor khinzir.

Ia ditemui di gua Leang Tedongnge di sebuah lembah terpencil di Sulawesi.

Gambar Via BBC

Lukisan tersebut dipercayai bukti terawal kewujudan manusia di rantau itu.

“Orang-orang yang melukis haiwan itu moden, mereka sama seperti kira, mereka memiliki semua kemampuan dan alat untuk membuat lukisan yang mereka suka,” kata pengarang bersama laporan yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, Maxime Aubert.

Gambar Via BBC

Maxime bersama pasukannya telah mengenal pasti deposit kalsit yang terbentuk di atas lukisan dan menggunakan isotop siri Uranium untuk menentukan bahawa deposit itu berusia 45,500 tahun.

Laporan itu mengatakan bahawa lukisan itu yang berukuran 136cm x 54cm menggambarkan seekor khinzir dengan tanduk.

Sumber: BBC

Sofea

There's always another side to every story