Siakap Keli
Gambar via Muhammad Syamil (facebook)

Lelaki Hasilkan 14 Aplikasi ‘Game’ Pembelajaran Bahasa Malaysia, Kini Sudah Boleh Dimuat Turun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Makin maju sesebuah negara itu, semakin maju juga teknologi yang diguna pakai oleh masyarakat tanpa mengira lapisan umur. Dahulu, golongan kanak-kanak dibesarkan dengan permainan tradisional seperti congkak, guli, batu Seremban dan sebagainya. Kini, golongan ini dimomokan dengan telefon pintar yang diberikan oleh ibu bapa mereka.

Ia bertujuan untuk mengisi masa mereka dengan bermain game mahupun menonton video di Youtube. Bahkan, kanak-kanak pada masa kini dilihat lebih cerdik dan pantas dalam mengetahui kandungan yang terdapat di dalam telefon bimbit mereka.

Bagi memastikan golongan kanak-kanak meluangkan waktu secara berkualiti melalui telefon bimbit, seorang pemuda yang bernama Muhammad Syamil telah berkongsi di laman Facebook miliknya mengenai aplikasi 14 game pembelajaran Bahasa Malaysia yang dihasilkan oleh beliau sendiri.

Antara game yang ditawarkan oleh beliau adalah Belajar ABC, Nombor dan Warna, Belajar Huruf Jawi, Alif Ba Ta, Belajar Matematik, Tambah dan Tolak dan Belajar Huruf Hijaiyyah, Bahasa Arab.

Game yang dihasilkan bukan sahaja membuatkan mereka terhibur malah pada masa yang sama ia dapat menambah ilmu pengetahuan. Perkongsiannya itu berjaya meraih perhatian bahkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para ibu bapa di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, sekiranya anda berminat, anda boleh memuat turun game tersebut di Play Store dan App Store secara percuma.

Sumber: Muhammad Syamil (facebook)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia