Siakap Keli
Gambar Via BERNAMA

MKN Nafi Kuat Kuasa PKP Di Kedah Mulai Esok

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah bermula esok sehingga 31 Jan ini, seperti yang tular di media sosial.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 11 malam tadi.

Sehubungan itu, MKN meminta orang untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih, yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story