Siakap Keli
Gambar: Bomba Kelantan

Bangunan Tambahan Hospital Tanah Merah Terbakar

TANAH MERAH, 18 Jan (Bernama) — Sebahagian daripada blok bangunan tambahan Hospital Tanah Merah yang sedang dalam pembinaan terbakar dalam kejadian malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zain berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.54 malam.

“Kebakaran itu melibatkan bangunan tujuh tingkat yang sedang dalam pembinaan.

“Kejadian berlaku di tingkat satu, dua dan tiga bangunan terbabit yang dalam proses pemasangan kabel elektrik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rafain berkata pihaknya mengambil masa hampir 30 minit bagi mengawal kebakaran itu yang membabitkan kawasan seluas 200 meter persegi dengan kekuatan 13 anggota.

“Kami turut mendapat bantuan sebuah jentera FRT (Fire Rescue Tender) daripada balai Machang bagi mengawal kebakaran itu. Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.