Siakap Keli
Kredit: Bernama

Bantuan One-Off RM500 Kepada Pemandu Pelancong, Teksi, Bas Sekolah, Bas Persiaran, Kereta Sewa Dan e-Hailing – PM

Putrajaya, 18 Jan – Kerajaan akan memberi bantuan one-off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bayaran itu melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.

Sementara itu, kerajaan juga memberikan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kendaraan dimiliki selama 7 tahun.

Bagaimanapun katanya, syarat itu kini dilonggarkan kepada 5 tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

Sumber: Bernama TV

Amira

Love yourself.