Siakap Keli
Gambar via Google

Boleh Ke Guna Sabun Mandi Untuk Cuci Muka? Ini Penjelasan Buat Mereka Yang Tak Tahu

Setiap hari muka kita sering berhadapan dengan debu dan kotoran. Bagi mereka yang bekerja di kawasan luar, mereka mungkin tidak sedar bahawa kulit mukanya tersumbat disebabkan udara yang tidak bersih. Sehubungan dengan itu, setiap orang mesti mencuci muka dengan bersih supaya mengelakkan masalah kulit yang teruk berlaku.

Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk menjaga muka, mereka mungkin terlupa untuk membersihkan muka dengan pencuci muka sebenar. Mungkin ada sesetengah individu yang terlalu mengejar masa atau ingin berjimat dengan hanya menggunakan sabun mandi untuk mencuci muka.

Persoalannya, boleh ke guna sabun mandi untuk cuci muka? Pakar kesihatan menyarankan supaya berhenti berbuat demikian jika ingin kulit muka yang cantik dan sihat.

Sabun mandi menggunakan bahan-bahan yang digunakan untuk badan bukan untuk muka. Setiap orang memiliki kulit muka yang lebih lembut dan sensitif berbanding dengan kulit badan. Jadi, sabun mandi mungkin akan beri kulit anda menjadi kasar selepas digunakan.

Selain itu, sabun mandi kebanyakannya mengandungi kandungan alkali yang tinggi. Kadar pH kulit kita antara  4 hingga 6.5. Jadi, kalau sabun tinggi alkali hingga 7 ke atas jumpa kulit yang tinggi asid boleh jadikan kulit kita rosak teruk.

Gambar: Google

Di samping, penggunaan sabun mandi untuk cuci muka secara kerap membolehkan kulit akan hilang zat dan berupaya menjadi masalah keradangan kulit.

Gambar: Google

Tak cukup buat kulit muka jadi rosak, sabun mandi yang digunakan untuk muka juga boleh menghasilkan garis halus dan kedutan. Hal ini kerana kerana formula sabun lebih kasar sesuai untuk membersihkan kulit badan bukan muka. Selain itu masalah kulit kusam dan acne break-out juga boleh berlaku.

Gambar : Google

Selain daripada itu, sabun mandi sememangnya menghilangkan kesan kulit berminyak namun ia bukanlah sama seperti pencuci muka biasa. Formula yang ada pada sabun mandi mungkin boleh menghilangkan kesan minyak, mengetatkan pori-pori namun ia membuat kulit kering dan menganggu keseimbangan pH kulit muka anda.

Oleh itu, jika anda sayangkan kulit muka, berhenti untuk guna sabun mandi untuk cuci muka. Tidak salah berbelanja sedikit untuk membeli pencuci muka yang akan membantu kulit muka anda dari rosak dan kering. Pastikan anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka agar kulit muka sentiasa sihat dan kekal cantik.

Sumber: HelloSehat.com