Kebanyakan dari sesetengah individu berasa sukar dan leceh apabila gosok baju dengan kuntiti yang banyak. Lebih-lebih lagi mereka yang berkerja dan perlu gosok baju dengan kadar yang cepat. Pun begitu, para ibu juga turut berasa letih dan stress disebabkan baju anak-anak dan suami yang perlu digosok dengan rapi dan kemas.
Selain itu, ada juga yang merungut kerana gosok baju memerlukan masa yang lebih untuk pastikan ia tidak mempunyai sebarang kedut. Oleh itu, ada cara mudah dan cepat yang kami akan kongsikan bagi mempercepatkan proses menggosok dengan menggunakan aluminium foil.
Bahan-bahan yang anda perlukan adalah :
a. Aluminium foil
b. Kain atau pelapik papan seterika
c. Stapler atau tape
Cara-caranya adalah seperti berikut :
(1) Keluarkan kain atau pelapik seterika terlebih dahulu.
(2) Tetapkan saiz ukuran aluminum foil. Ini bergantung kepada keluasan papan seterika anda.
(3) Balutkan aluminium foil dengan papan seterika. Pastikan ia distapler dan ditape supaya nampak kemas dan kukuh semasa digosok.

(4) Sarungkan semula kain atau pelapik papan seterika bersama dengan aluminium foil. Untuk nampak lebih kemas, stapler atau tape kan bahagian hujung kain pelapik seterika. Anda juga boleh lapik kain yang lain semasa menggosok. Namun, anda juga boleh menggunakan kain atau pelapik yang sedia ada.

Kini, anda boleh gosok baju dengan mudah dan cepat setelah mengikuti langkah-langkah seperti di atas. Dengan menggunakan aluminum foil, ia bukan saja menjimatkan masa anda menggosok, ia juga berupaya menghilangkan kedutan di bahagian depan, belakang, dan juga bahagian dalam disebabkan aluminium foil yang mudah menyerap haba.
Sumber : Heart.co.uk