Siakap Keli
Gambar : Bernama

COVID-19: Hanya Cameron Highland Sahaja Yang Masih Kekal Hijau Di Semenanjung Malaysia – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi di Facebook tentang peratusan kadar taburan kes pergerakan 14 hari Covid-19 setakat 17 Januari 2021.

Dalam imej yang dipaparkan pada kiriman tersebut, satu kawasan di Semenanjung Malaysia iaitu Cameron Highland menunjukkan masih kekal zon hijau dan tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan covid-19.

Manakala  bagi daerah di Sarawak pula, 3 kawasan kekal sebagai zon merah iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.

Bagi kawasan Kuching, kes COVID-19 yang dilaporkan adalah sebanyak 58 manakala bagi kawasan Sibu pula mencatatkan 515 kes. Sebanyak 142 kes juga telah dilaporkan di Miri yang sedang berada dalam zon merah ketika ini.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Aziezzan