Apakah Anda termasuk orang yang suka makan kuaci biji bunga matahari? Jika ya, berbahagialah. Sebabnya, kuaci biji bunga matahari termasuk makananyang kaya dengan nutrien yang baik untuk kesihatan. Jadi, jangan ragu lagi untuk meneruskan kebiasaan makan kuaci biji bunga matahari asal jangan sampai berlebihan.
Kandungan nutrien dalam kuaci biji bunga matahari secara teknikalnya adalah buah dari tanaman bunga matahari yang memiliki nama saintifik Helianthus annuus. Biji di tanam dari bunga besar tanaman yang dapat berukuran diameter lebih dari 30.5 cm. Satu kepala bunga matahari tersebut dianggarkan boleh mengandungi hingga 2.000 biji. Ada dua jenis utama tanaman bunga matahari.
Satu jenis tanaman ditanam untuk biji yang dimakan, sementara jenis lainnya (yang kebanyakannya diusahakan) ditanam untuk penghasilan minyak bunga matahari. Biji bunga matahari yang dimakan sebagai kuaci pada umumnya terbungkus dalam kulit bergaris hitam putih. Merangkum WebMD, kuaci biji bunga matahari adalah makanan tinggi protein dan kaya lemak sihat, serta antioksidan yang dapat menurunkan risiko terkena penyakit serius.
Biji bunga matahari juga merupakan sumber yang sangat baik untuk zat permakanan antara lain:
- Vitamin E
- Vitamin B1
- Vitamin B6
- Zat besi
- Tembaga
- Zink
- Kalium
Sementara, menurut The United States Department of Agriculture (USDA), ¼ cup (30 gram) biji bunga matahari panggang kering tanpa garam di antaranya dapat mengandung:
- Kalori: 207
- Protein: 5,8 gram
- Lemak: 19 gram
- Karbohidrat: 7 gram
- Serat: 3,9 gram
Perlu diperhatikan, biji bunga matahari kaya akan nutrisi, tetapi juga relatif tinggi kalori. Oleh sebab itu, penting untuk menjaga hidangan ketika mengambil kekacang sihat ini. Untuk memperlambat penyerapan kalori ketika makan makanan ringan, banyak yang makan biji yang ada di tempurungnya, kerana mengambil waktu untuk membuka dan memisahkan setiap kulit. Namun, perlu diingat bahawa tempurungnya sering kali dilapisi garam, iaitu lebih kurang 70 mg per biji bunga matahari. Jika anda sedang membataskan pengambilan garam, cari biji bunga matahari tawar dan sesuaikan hidangannya. Manfaat kuaci untuk kesihatan merangkum dari Health Line, keran kandungan nutrisinya, biji bunga matahari dianggap memiliki bermacam manfaat kesihatan.
1. Menurunkan tekanan darah, kolesterol dan gula darah
Biji bunga matahari dapat membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol dan gula darah kerana mengandungi vitamin E, magnesium, protein, asid lemak linoleat dan beberapa sebatian tanaman sihat lainnya.
2. Mengurangkan peradangan
Sementara peradangan jangka pendek adalah tindak balas kekebalan semula jadi, peradangan kronik merupakan faktor risiko banyak penyakit kronik. Misalnya, peningkatan kadar penanda inflamasi protein C-reaktif dalam darah terkait dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes tahap 2. Dalam sebuah penyelidikan terhadap lebih dari 6.000 orang dewasa, mereka yang melaporkan makan biji bunga matahari dan biji lainnya setidaknya lima kali seminggu memiliki tingkat protein C-reaktif 32 peratus lebih rendah dibandingkan dengan orang yang tidak makan kuaci.
Meskipun penyelidikan yang telah diterbitkan dalam American Journal of Epidemiolog pada Februari 2006 ini tidak dapat membuktikan sebab dan akibat, diketahui bahawa vitamin E (yang berlimpah dalam biji bunga matahari) dapat membantu menurunkan kadar protein C-reaktif. Flavonoid dan sebatian tanaman lain dalam biji bunga matahari juga membantu mengurangkan peradangan.
3. Melawan diabetes
Kesan biji bunga matahari pada gula dalam darah dan diabetes tahap 2 telah diuji dalam beberapa penelitian dan kesannya menjanjikan, tetapi diperlukan lebih banyak lagi penyelidiakan. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal ISRN Nutrition pada 2012, menunjukkan bahawa orang yang makan 1 ons (30 gram) biji bunga matahari setiap hari sebagai bahagian dari diet sihat dapat mengurangkan gula darah purata sekitar 10 peratus dalam enam bulan, dibandingkan dengan diet sihat saja.
Kesan penurun gula darah dari biji bunga matahari mungkin sebahagian disebabkan oleh kandungan asid klorogenat sebatian tanaman. Kajian lain yang diterbitkan dalam European Journal of Clinical Nutrition pada Juli 2016 mahupun Jurnal Nutrition pada Januari 2016 juga menunjukkan bahawa menambahkan biji bunga matahari ke dalam makanan seperti roti dapat membantu mengurangkan kesan karbohidrat pada gula darah. Protein dan lemak biji memperlambatkan proses pengosongan perut, memungkinkan pelepasan gula yang lebih bertahap dari karbohidrat.
4. Menyokong sistem kekebalan tubuh
Biji bunga matahari adalah sumber vitamin dan mineral banyak yang dapat menyokong sistem kekebalan tubuh meningkatkan kemampuan tubuh untuk melawan virus. Ini termasuk zink dan selenium. Zink berperanan penting dalam sistem kekebalan tubuh, membantu tubuh memelihara dan mengembangkan sel-sel kekebalan. Selenium juga berperanan dalam mengurangkan peradangan, melawan jangkitan dan meningkatkan kekebalan tubuh.
6. Meningkatkan tenaga
Meskipun kadar protein yang tinggi dalam biji bunga matahari sudah membantu meningkatkan tahap tenaga snda, nutrisi lain seperti vitamin B dan selenium dapat membantu anda tetap bertenaga. Vitamin B1 (juga dikenal sebagai thiamin) yang ada dalam biji bunga matahari dapat membantu anda mengubah makanan menjadi tenaga, yang dapat membuat anda tetap aktif sepanjang hari. Selenium dapat meningkatkan aliran darah dan memberikan lebih banyak oksigen dalam tubuh anda.
Sumber- Healthline